Untuk pengalaman bersalin Az Ziyad ni, agak unik sebab Ummi awal-awal dah selalu pesan kat baby dalam perut supaya bersalin lepas Ummi dah naik rank Master Coordinator dalam Shaklee. Hihi.
30 Jun 2013 - Kandungan 36w 4d
2359: Alhamdulillah rank up Master Coordinator.
1 Julai 2013 - Kandungan 36w 5d
0300: Keluar ketuban darah, sama macam masa Abang Az Zahin. Contraction tak kuat. Tapi tak dapat tidur. Buat kerja macam fax order, etc.
0500: Lepas Subuh, tidur balik untuk recover energy.
0800: Bangun tidur, masih rasa macam ok je. Lepas bincang dengan Encik Gajah, pergi jugalah jumpa Gynae di Columbia Asia Miri.
1000: Jumpa Gynae, Gynae tengok Nad macam ok je. Tapi bila pegang perut, keras gila. Haha. So terus admit, check mesin CTG, masuk wad.
Di wad, Az Zahin 2y 10m masih menyusu dengan Ummi. Dia melompat-lompat atas katil. Hahah adoi. Abi pun stress. Last sekali Ummi susukan, dan dia tidur. Alhamdulillah keadaan terkawal.
Untuk beri jalan mudah terbuka, Nad jalan-jalan dalam wad tu. Dah macam tawaf pulak asyik duk pusing banyak kali kat tempat sama. Then minta nurse check jalan. Tapi sampai ke malam bukaan hanya 4 cm sahaja tak berubah.
Waktu malam tu, sangat kerap nurse check dilation. Memang tak selesa sangat. Rupanya mereka detect something some bad news. That's why lepas nurse check, senior dia check, pastu last skali Gynae Nad check. Then Gynae bagitahu confirm tali pusat baby menghalang laluan keluar baby. Kalau teran juga, mungkin kepala baby akan tekan tali pusat dan ia bahaya untuk baby. So, kena sign form untuk emergency cser.
Begitu begini, dah masuk tengah malam dah.
![]() |
Cord Prolapse |
2 Julai 2013 - Kandungan 37w 6d
0200: Diukar baju, ditolak ke bilik bedah. Encik Gajah ikut sekali. Az Zahin ditinggal bersama adik Encik Gajah. Masa dalam Operation Theatre (OT), rupanya Az Zahin menangis sakan. Haha.
Dalam OT, dicucuk di tulang belakang, kemudian baring, tangan didepakan. Then doktor check ada rasa tak kat perut etc. Then bila dah tak rasa (dah kebas), mereka memulakan pembedahan. Nad rasa je badan dipegang-pegang, tapi tak rasa sakit. Masa nak keluarkan baby, goyang-goyang juga lah sikit tempat baring tu. Semua Nad sedar. MasyaAllah. Pengalaman pertama dibedah hidup-hidup.
0229: Lahirlah khalifah Allah, anak teruna kedua Ummi melalui 'tingkap'. Alhamdulillah. Berat 3.15 kg. Lahir jauh di Miri. Berpantang pun di Miri.
Keluar dari OT, tak terus ke wad. Dia bagi rest jap kat satu bilik lain. Sebab tangan masih ketar-ketar. Pastu terlelap juga rasanya. Bila dah stabil, baru masuk wad balik.
0700: Baby dihantar ke bilik. Alhamdulillah dapat duduk dan susukan baby kedua Ummi for the first time :)
Alhamdulillah :)
Anda ada pengalaman bersalin secara pembedahan juga?
besar pengorbanan ibu yang bersalin czer ni masyaallah
ReplyDeleteKalau diberi pilihan, memang nak vaginal birth je Ena
Delete
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالقطيف
شركة تنظيف موكيت بالدمام