Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.
Credits to Ibnu Muslim
Wajah ceria seseorang yang sudah matang haha
Teknologi murah dan terkini. Pakai penapis plastik nak cover aset :P
Makan siap bersuap. Tak matang lah gini :P
Hehe. Adik bongsu dan satu-satunya lelaki dalam adik beradik saya ni berkhatan pada Jumaat lepas kat KK Kampung Raja. Dah menjadi kebiasaan kat Malaysia ni budak2 berkhatan masa cuti skolah kan.
Ada jugak yang buat ramai2, pastu dapat duit. Dulu saya masa kecik2 pun ada gak join program mcm tu tapi saya tak berkhatan la. Budak perempuan dapat duit tu untuk bertindik. Berapa kali ntah join haha. Tapi akhirnya sampai sekarang tak pakai subang pun. Sebab lubang dah tutup! Haha.
ooo..ada jugak eh kalau nak bertindik dapa duit..tak penah dengar..menarik jugak macam tue..sekarang ade lagi ke??bukan nak join tau..dah besar..huhu
ReplyDeleteYana, aah memang ada :) Sekarang tak sure la. Adik2 Nad takde pulak hehe..agaknya dah takde lah kot
ReplyDelete