Orang kata aku ni pandai, terutamanya saudara mara dan keluarga terdekatku. Tapi sebenarnya aku rasa aku taklah pandai sangat pun. Cuma cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM, dan dapat masuk sekolah yang agak bagus dan universiti yang agak bagus. Umur 22 dah dapat degree dan dah kerja. Kalau dikirakan, ramai je orang macam aku ni. In fact, lagi ramai yang lagi pandai dari aku. Cuma dalam keluargaku, mungkin orang-orang seperti ini kurang kot. Jadi Alhamdulillah aku sangat bersyukur. Semua tu rezeki dari Allah swt. Dia yang Maha Mengetahui.
Orang kata aku dan Encik Gajah ialah pasangan yang bahagia dan sepadan. Muka pun ramai yang cakap ada iras-iras. Tapi sebenarnya kami selalu jugak gaduh-gaduh. Macam pasangan lain. Tapi biasanya tak berlarutan. Alhamdulillah kalau gaduh pun tak akan sampai 24 jam dah baik semula. Haha. Tentang sepadan atau tidak tu, aku pun tak tau apa maksud sebenar "sepadan". Mungkin maksudnya ialah berdiri sama
Orang kata aku ni dah kurus dah, tak payah diet, tak payah exercise, badan dah OK. Tapi sebenarnya peha aku besar, kalau goreng sure aku rembat bahagian drumstick dulu. Haha. Lengan aku sikit pun tak ada muscle. Lembik. Berat aku 49kg yang sepatutnya 45kg. Pipiku agak tembam. Memanglah, tak pernah exercise pun sepanjang hidup. Dulu-dulu kat sekolah tak pernah aktif bersukan. Kadang-kadang tu ada lah juga tapi hangat-hangat tahi ayam. Tapi sekarang aku ada Wii Fit. Maka bermulalah era exercise bagiku. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam juga lah. Hehe.
org kata keje kat company XXX ni best..tp sebenarnye....!@#$%^&*()...
ReplyDeletehahahah setuju ngan statement cik noli
ReplyDeleteehehhehe..saya pun tak suka bersenam jugak. Malas n tak suka la. Kalau tyme senaman , asyik nak mengelat je..hoho
ReplyDelete