Wednesday, September 05, 2018

Cara Menukar Emel di Blogger

Ada blog lama yang pernah aktif suatu ketika dulu?

Sekarang lepas dah bertahun tinggal, nak mula blogging balik di blog lama sebab dah banyak benda share di blog lama kan. Tapi nak guna branding baru?

Ada caranya. Nad baru belajar juga ni untuk blog ni sendiri :) Sebelum tu, mari fahami situasi dulu ya. Hehe.

Blog ni dulu Nad gunakan nama Nadxoxo, dan link blog pun nadxoxo.blogpsot.com. (Jangan klik sebab dah tak wujud hihi)

Setakat 5 September 2018 :)





Tapi sekarang Nad lebih dikenali dengan nama Nadiah Suhaidi.


Mentor Nad ada ajar untuk kuatkan lagi brand Nadiah Suhaidi di banyak tempat di online termasuklah blog. Cumanya Nad memang aktif di www.sihatcomelceria.com sekarang ni. Blog personal, ada yang Nadxoxo tu lah tapi tak aktif dah.

So lepas brainstorm dengan business partner Nad semalam, Nad decide nak retain blog lama yang banyak kenangan itu :) Sayang juga kalau nak tinggal macam tu je, sebab blog ni lah Nad ramai kenal kawan-kawan online, which ramai jadi customer di Baby Geniuses dulu, and now dah ramai jadi my Business Leaders dalam bisnes Shaklee :)

So banyak jasanya kan?

Lagipun memang sayang sangat-sangat sebab banyak memori kat sini :) Bila baca balik entry lama-lama, rasa macam muda balik. Hahaha. Sebab blogging since lepas graduate dulu lagi.

So, untuk branding tu juga, emel pun guna emel baru which is nadiahsuhaidi@gmail.com lah. So, Nad cari cara if ada untuk tukar emel blog Nadxoxo kepada emel baru. Dan Alhamdulillah ada!

Makanya, inilah blog Nadxoxo tadi tu. Tada! Sekarang dah jadi nadiahsuhaidi.blogspot.com :)

Ok, jom kita belajar langkah-langkah menukar emel blogger ni ya.

Cara Menukar Emel di Blogger


1. Login Blogger kita seperti biasa
2. Settings - Basic - Scroll ke bawah sekali, cari Blog Authors
3. Klik + Add Authors
4. Masukkan emel baru yang nak ditukar
5. Klik Invite Authors
6. Pergi ke inbox emel baru kita, kita kena accept dulu
7. Refresh settings Blogger dan kita boleh nampak emel baru di situ sebagai Author
8. Klik pada perkataan Author di sebelah emel baru kita tadi, pilih Admin
9. Refresh settings Blogger dan kita boleh nampak emel baru di situ sebagai Admin
10. Logout emel blogger yang asal
11. Login emel blogger yang baru
12. Ulang langkah ke-2
13. Di sebelah emel asal kita, klik tanda x pada perkataan Admin

DONE!

Senang je kan? Ingatkan tak wujud. Haha. Tapi Google je kalau nak belajar apa-apa. InshaAllah jumpa sesuatu.

Anda dah cuba langkah di atas? Jemput komen di bawah k :)