Tuesday, September 04, 2018

Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji

Assalamualaikum :)

Ada banyak duit syiling? Anda boleh masukkan ke dalam akaun Tabung Haji sebab di sana ada mesin syiling. Tadi kami ke Tabung Haji cawangan Bandar Baru Bangi di sebelah Warta / Kipmall.


Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji


1. Masuk ke premis Tabung Haji
2. Pergi terus pergi ke mesin syiling
3. Masukkan syiling ke dalam bakul untuk pastikan tiada bendasing dalam timbunan duit syiling kita. Ia boleh rosakkan mesin. Mesin ini mudah rosak jika tidak digunakan dengan betul


4. Di mesin syiling, masukkan sedikit syiling
5. Terdapat 2 butang pada mesin. Tekan butang A untuk mesin mula berfungsi
6. Masukkan lagi baki syiling sedikit demi sedikit ke dalam mesin
7. Semasa syiling dimasukkan, mesin akan pamerkan berapa nilai duit syiling kita
8. Jika ada syiling bukan dari Malaysia, mesin akan keluarkan di bawah
9. Ulang langkah 6 jika mahu masukkan duit syiling lagi
10. Tekan B jika sudah memasukkan semua syiling
11. Ambil Baucar Simpanan yang mesin keluarkan
12. Bawa Baucar Simpanan ke Kaunter Pertanyaan



Senang je kan nak guna mesin syiling ni? Seronok dengar bunyi syiling dalam tu. Kami tak masukkan banyak sangat pun. Tak penuh pun canister ESP kami tu. Ingatkan RM 50 je. Rupanya dekat RM 200 juga.

Ha, anda ada yang ada banyak duit syiling tu, mungkin dah ratus-ratus dah tu! Hehe.

Langkah seterusnya seperti di bawah:

1. Di Kaunter Pertanyaan, beri Buku Tabung Haji yang nak dimasukkan duit syiling tadi
2. Kena isi borang kemaskini info kita (jika belum update lagi)
3. Dah siap isi, pergi semula ke Kaunter Pertanyaan
4. Nombor giliran akan diberi, naik ke Tingkat 1
5. Tunggu giliran dengan tenang :)

P/S: Pastikan datang awal pagi (jam 8:30 pagi) sebab masa tu mesin masih sihat lagi :)