Tuesday, September 11, 2018

Cara Buat Header Blog Mudah dan FREE Guna Canva 2018

Alhamdulillah dah update blog header baru :)

Tak perlu hire designer untuk buat. Nad buat sendiri je guna Canva. FREE je :) Pernah dengar tak?

APA ITU CANVA?

Canva ni tempat edit gambar secara online. Yup! Means kita kena ada internet connection masa buat design ni.

Cara guna dia, cuma drag and drop saja :) Mudah kan?

Ada banyak template dalam ni. Anda nak design apa? Boleh kata semua ada especially kalau kita buat bisnes online. Antaranya:

1. Facebook Cover
2. Poster di Facebook
3. Poster di Instagram
4. Story di Instagram
5. Poster di Pinterest
6. Flyers
7. Gift Cards
8. Business Card
9. Muka depan buku
10. Letterhead
11. Sijil
12. Presentation
13. Header di Google+

Dan banyak lagi! Boleh explore sendiri k :)

Antara pilihan template yang ada. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

CARA GUNA CANVA


Canva ni kita boleh guna both di telefon bimbit kita dan di komputer.

Untuk di fon, just download apps Canva.



Untuk first time user, sign up guna emel kita, or boleh juga connect to Facebook je :)

Untuk di komputer pula, just pergi ke website canva.com. Login guna cara yang sama macam kita buat di fon tadi.

Canva.com di browser. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Dua-dua content dalam apps dan di website akan sama.

Nad prefer buat di komputer. Sebab besar lagi screen nya dan mudah nak tarik-tarik.

Kalau kat fon, agak kecik nak touch setiap layer dalam poster tu. Tapi, senang bila design dah siap, kita boleh terus save dalam fon kita dan upload ke media sosial.

Ingat tau! Pastikan connection internet stabil masa buat design ni. Kalau tak, nanti kita dah buat design, nanti dia reload balik (maksudnya tak updated lah design kita tadi).


CARA BUAT HEADER BLOG MUDAH GUNA CANVA

1. Login / Sign up Canva
2. Pilih template Etsy Shop Cover. Kebanyakannya FREE. Ada juga yang kena bayar $1. Yang berbayar ni kena guna dalam 24 jam. Tapi yang FREE pun banyak yang cantik-cantik
3. Di sebelah kiri, klik design yang anda berkenan
4. Edit sesuka hati anda. Boleh tukar tulisan, gambar, kedudukan tulisan, dan sebagainya.
5. Dia akan auto save setiap kali kita edit (ni pentingnya ada internet connection yang stabil)
6. Kalau dah siap, rename design anda kepada nama yang bermakna untuk anda
7. Klik Download di atas kanan
8. Ada beberapa pilihan untuk save design kita seperti PDF dan JPG. Kita pilih PNG. Tekan button Download warna hijau
9. Pilih pilihan 'Save File', kemudian pilih 'OK'. Gambar akan berada di folder Download di dalam komputer kita
10. Upload dengan gembira ke blog kita :)


Header blog baru saya :)

Yang ni pulak Facebook Cover untuk Page Nad.  Jemput Like & Follow Nadiah Suhaidi - Blogger ya :)

Facebook Cover baru juga :D

Selamat mencuba! Kalau dah cuba, let me know ok?



Love,
Nadiah Suhaidi
#PuanNadxoxo
Next
This is the most recent post.
Older Post