Saturday, May 30, 2015

Review Pregnancy Checkup di Hospital Pakar An-Nur Bangi (Dr. Khamsiah)

Anda sedang berkira-kira untuk membuat pregnancy checkup di Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi?

Mari Nad share pengalaman Nad sendiri :)

Untuk 3rd pregnancy ni, kami dah mula menetap di Bangi kerana Encik Gajah sudah berhenti kerja di Miri pada Disember 2013 dan kami sama-sama berbisnes Shaklee bermula Januari 2014.

Sewaktu di awal pregnancy, Nad survey dengan kawan-kawan yang dah ada pengalaman dengan hospital area Bangi. Akhirnya Nad pilih untuk checkup dengan Dr. Khamsiah di Hospital Pakar An-Nur Bangi.

Klinik Pakar Wanita An-Nur, Bandar Baru Bangi

Proses Checkup di Hospital Pakar An-Nur Bangi

Untuk first time, boleh call dulu Klinik Pakar Wanita An-Nur di 03-8925 0020 untuk buat appointment. Ada 2 doktor di An-Nur iaitu Dr. Khamsiah dan Dr. Fatimah.

Checkup biasanya hari Selasa atau Khamis. Nad tak pasti hari lain, tapi selalunya checkup antara 2 hari ni sahaja dengan Dr. Khamsiah.

Biasanya pada hari appointment, pagi-pagi seawal jam 7.30 dah boleh pergi ambil nombor. Tapi doktor masuk lebih kurang jam 9 pagi. So sila pergi breakfast ke apa dulu :)

Macam Nad biasanya lepas Encik Gajah hantar Zahin pergi school, dalam 8.30 pagi dia pergi ambilkan nombor. Lepas dapat nombor, kepilkan pada buku checkup dan letak dalam bekas yang ada nama Dr. Khamsiah.

Biasanya kami dapat turn belas-belas. So balik rumah dulu sebab rumah kami 5-10 minit je dari situ :D Around 10 am ke atas baru kami pergi semula ke situ. Kalau dah terlepas turn pun takpe, tak perlu ambil nombor baru.

Bagitahu pada nurse yang nak check BP, dia akan kasi buku rekod kita dan bawa check BP di bahagian belakang. Selepas dah settle check BP, tunggu turn anda keluar di skrin :)

Checkup Dengan Dr. Khamsiah

Dr. Khamsiah ni doktor yang dalam kategori peramah. Setiap kali jumpa mesti salam dengan kita dulu. Tak pernah dapat doktor yang salam dengan patients sebelum ni ;)

Dr. Khamsiah suka beri gula-gula pada Zahin dan Ziyad. Almaklumlah, pergi mana-mana mesti kami angkut anak-anak sekali :D Sejak Zahin sekolah ni je Zahin dah jarang jumpa Dr. Khamsiah masa teman Ummi checkup. Ziyad je selalu pergi. Tapi haritu sempat ambil Zahin di school dulu baru jumpa doktor. And tahu tak, dia tak sabar nak masuk bilik doktor! Ingatkan sebab apa la, rupanya nak gula-gula. Hahaha.

Dr. Khamsiah ni orangnya profesional. Contoh haritu Nad tanya tentang chance untuk nad VBAC, dia kata 70%. Kalau kali ni berjaya VBAC, next time is over 90% untuk vaginal birth. Dan hari lain pula bincang tentang Birth Plan, kalau dia boleh buat dia akan cakap boleh. Dan kalau tak boleh dia akan cakap tak boleh.

Cumanya patient dia memang ramai. Kalau nak ambil nombor dan tunggu kat situ, memang agak lama lah. Sebab tu dia suggest balik dulu kalau rumah dekat :)

Lepas jumpa doktor, tunggu di situ sehingga nama dipanggil untuk buat bayaran.

Kos Checkup

Memandangkan Encik Gajah dah tak kerja Petronas, kami pun kena bayar sendiri setiap kali checkup. Masa ni baru alert harga-harga yang perlu dibayar hehe. Kalau sebelum ni main sign je ;)

Untuk first time kosnya around RM 80 - RM 120. Tapi untuk checkup seterusnya RM 60 sahaja (scan baby). Yang ni bayar kat dalam klinik tu sendiri.

Then kena proceed ke lobi utama (di sebelah klinik pakar wanita tempat checkup tadi). Di situ baru bayar kos perkhidmatan atau vitamin jika ada. Biasanya tanpa vitamin kosnya ialah RM 79. So setiap kali checkup lebih kurang RM 140 lah.

Kos pregnancy checkup dan bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Bagaimana Menghubungi Mereka?

An-Nur Obstetrician & Gynaecologist Clinic
No Tel : 03-8925 0020
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor