Wednesday, March 16, 2011

Tak Dan

Tak dan (tak sempat) nak update blog. Connection internet tak berapa stabil. Mungkin sebab tsunami di Jepun. Takziah buat orang-orang di sana :(

Lil' Zahin pulak sejak seminggu ni dia kurang tidur. Tidur lambat tapi bangun awal. Siang pulak tak tidur banyak pun. Rasanya tak cukup 15 jam total sleep hours. Maybe dia busy sangat kan, macam-macam nak buat. Budak sedang membesar :)

Ummi dia pulak sibuk dengan bisnes. Hehe. Actually saya dah mula berniaga :) Jual barang-barang untuk baby's learning macam cloth books dan developmental toys. For now saya jual storybook pillow dan developmental toy yang ada counting book kat dalam. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan :D Storybook pillow ni saya tengah tunggu stock ke-3 sampai. Mungkin harini atau esok. Kalau habis pun akan sentiasa restock. Cloth books pun on the way. Hehe.

Mula berniaga pada malam 8 March lalu. Dah seminggu :) Jual kat facebook je dulu. Sebab senang jual dekat orang-orang yang kita kenal dulu. Hehe tapi ada gak yang add saya semata-mata nak beli storybook pillow tu sebab dia nampak kawan dia kena tag kat gambar storybook pillow tu. Hihi.

Blog untuk online shop saya ni actually dah buat sehari sebelum mula berniaga di facebook. Now baru nak bagitau orang :D Jemput ke Baby Geniuses Online Shop by nadxoxo ye :)


Jemput ke online shop Puan nadxoxo ni :D


Ini budak kecik dengan storybook pillow dia :)


'Ulat' buku :P


Main-main dengan Mr. Elephant yang dia pilih sendiri. Memang dasar anak Gajah kan hehehe


Ada juga blogger mommies yang lain yang baru berbisnes macam saya :D Macam Ciare, Mrs Aishiteiru, dan Mama Amani tapi Mama Amani berniaga kat facebook je dulu :) Jangan lupa jenguk blogshop diorang jugak :D

Terima kasih kat kawan-kawan yang menjadi customer, memberi testimonial, dan amik gambar anak dengan storybook + Mr. Elephant + Mr. Giraffe :D