Saturday, February 12, 2011

Tips Supaya Bayi Tidur Awal

Ingat lagi tak entry yang saya cerita pasal saya happy bila lil' Zahin tidur awal tu? Hehe. Lepastu bila balik ke rumah Kerteh, dia tidur lambat balik. -_-"

Tapi the next weekend tu iaitu last weekend, kami balik Bangi, dia tidur awal! Sebab petang-petang bawak dia keluar bersiar-siar naik stroller kat luar rumah Tokwan & Makwan dia tu. By 8pm dia dah merengek nak susu lepastu dah lentok dan tak bangun main-main dah. Kalau terjaga pun nak susu je :D

Masa tu saya ingat bila balik Kerteh balik, dia akan tidur lambat semula macam yang terjadi masa lepas balik dari Besut. Tapi tidak! Dia tidur awal everyday! Kul 8 minum susu, lepastu tidur dah. Paling lambat pun by 10pm memang kompem dah kat atas katil dah. Hehe. Sebab saya make sure dia ambil angin kat luar rumah petang-petang :D

Harini pulak kami seharian keluar jalan-jalan. Siang pergi East-Coast Mall, Kuantan. Malam pulak pergi Mesra Mall. By 10pm dia dah tidur jugak. Hehe. Alhamdulillah syukur :)


Zzzz.. Anak bujang saya sedang tidur :)


Kiranya tips membawa keluar baby keluar bersiar-siar pada waktu petang adalah terbukti berkesan. Satu lagi tips, kena make sure baby bangun awal. Thanks to MIL yang kasi tips ni sebab dia ada terbaca kat paper bahagian kesihatan :)

So sesiapa yang ada masalah baby suka tidur lambat, bolehlah try apply tips ni k! Selamat mencuba :)