Sunday, February 20, 2011

Dah Pergi Klinik Tadi

Salam semua. Tadi saya dah pergi ke klinik biasa untuk dapatkan reference letter ke KTS seperti yang saya bagitahu kat entry lepas.

Doktor confirm kan itu memang tiroid. Dia suggest saya operate buang. Dia kata jangan takut, doktor akan toreh sikit je and buang sebab benda tu kat bawah kulit je. Dia kata kalau tak buang, nanti tapak tangan akan kuat berpeluh, malam-malam susah nak tidur sebab kepanasan, dan badan tak akan naik walaupun makan banyak.



Tapi katanya benda ni tak urgent. Nanti hospital akan bagitahu bila boleh operate tapi bergantung atas masa kita jugak free ke tak. Ok la kan, kita pun boleh plan. But first hospital kena ambil darah dan urine dulu untuk check level tiroksin dalam badan.

Saya tanya doktor if tak operate boleh ke tak? Dia kata boleh jugak. Once hospital dah amik darah dan urine kita, if lucky diorang akan kasi ubat je. Tapi kena selalu pergi hospital lepas tu sebab diorang nak update level tiroksin tu. Hmm mana-mana pun ok je bagi saya. Sebab KTS tak dekat dengan rumah pun kalau nak selalu pergi. Tapi apapun doktor tu bukan doktor KTS pun. Kita tengok kat KTS nanti macamana pulak.

So hari Isnin saya akan pergi ke KTS untuk diorang ambil darah dan urine saya. Itu ajelah update untuk harini :)


Lil' Zahin teman Ummi pergi klinik tapi tdo je hehe


Ummi tengah tunggu giliran. Lil' Zahin mimpi tengah minum susu :P