Saturday, January 08, 2011

Tudung Ekspres

Sekarang dah susah betul nak jumpa orang pakai tudung bawal kan? Kedai tudung pun susah nak jumpa yang jual tudung bawal sekarang. Semua pakat jual tudung ekspres. Saya punya supplier tudung masa saya jual tudung kat ofis dulu pun dah tak jual tudung bawal dah sebab jual tudung ekspres pulak. Saya memang suka tudung bawal sebab serap peluh dan tak panas. Memang selesa.


Tudung bawal

Shawl pun kegemaran saya jugak. Tapi complicated la sikit bila dah ada baby ni. Ambik masa sikit nak pakai dan nak kena gosok lagi. Dan yang paling penting, kang dah elok wrap kepala dengan shawl nanti kena tarik dengan baby pulak. Haha.


Shawl

Kalau tudung ekspres, memang senang. Tak payah gosok. Terus pakai je. Tapi actually awalnya saya tak berapa gemar tudung ekspres ni. Sebab saya rasa muka saya nampak lain sikit berbanding bila pakai tudung bawal. Kain dia pun panas sikit. Tak pernah lagi jumpa yang betul-betul serap peluh. Maybe mahal sikit kot kalau ada?

Tapi disebabkan ianya sangat convenient, saya pun mula consider. Tu pun tak banyak style dan corak yang saya berkenan. Nasib baik ada satu blogshop ni yang ada tudung ekspres yang cantik-cantik. Memang saya suka lah corak-corak yang diorang jual. Blogshop tu ialah Sugarscarf.


First tudung ekspres yang saya beli


Second tudung


Yang latest. Tak pakai lagi :P

Baru ada 3 tudung ekspres yang saya beli dari diorang. Tu pun 3 kali beli. Sebab everytime nak beli more than 1 sure ada yang dah habis stok. Sebab blogshop tu memang laku sangat! Pendek kata kalau nak dapatkan desired tudung tu mestilah order sebaik sahaja mereka update. Haha.


Tudung ekspres

Lepas ni kena tambah lagi koleksi tudung ekspres. Tengah tunggu Sugarscarf update! Haha.