Thursday, January 13, 2011

Si Pemikir

Sebenarnya lil Zahin sepatutnya dinamakan dengan nama lain iaitu Muhammad Al-Harith. Nama Harith tu memang dah lama saya berkenan. Sejak 3-4 tahun sebelum lil Zahin wujud lagi. Haha. Maksud nama tu pun elok iaitu yang kuat/berusaha. Maksud nama tu based on apa yang terjumpa di internet la.

Masa lil Zahin dalam perut pun duk panggil dia 'baby' atau 'Harith'. Hehe :P

Tapi bila ditanya pada Ustaz Man yang pernah beri selusuh bersalin dulu tu, dia kata nama Harith tu kalau tak sebut betul-betul nanti makna dia akan jadi lain. Yelah kan, bunyi 'th' kat hujung tu kadang akan jadi 's' pulak nanti. Tu dah bawak maksud lain dah tu. Sebab ejaan yang sepatutnya diberi perhatian ialah menggunakan huruf jawi kan.

Disebabkan family saya sepakat kurang berkenan dengan maksud nama yang mungkin tersalah panggil tu, jadinya saya kenalah cari nama lain.

Ummi saya suggest nama 'Zahin' sebab dia suka sangat nama tu. Maksudnya pun elok dari apa yang kami baca di dalam buku iaitu yang cerdik. Saya pun suka nama tu cumanya saya adik saya yang nombor 5 tu namanya Zarin Zulaikha. Bunyinya dekat sangat nanti nak panggil konfius pulak. Lagipun saya tahu ada classmate adik saya nama dia 'Zahin' jugak. Hehe.

Tapi sebab takde nama lain dah yang saya berkenan masa tu, saya pun fikir-fikir saya rasa macam kena pulak nama tu dengan lil Zahin. Sebab dia nampak cerdik je sebagai seorang bayi yang baru lahir masa tu jadi saya pun setuju lah. Mungkin nama tu memang untuk dia. Sori lah saya memuji anak sendiri kat sini tapi tu adalah berdasarkan pengalaman saya lah. Saya takdelah cakap anak orang lain tak cerdik kan hehe.

Bila refer balik Ustaz Man, dia kata nama 'Zahin' ialah yang bijaksana atau pemikir. So akhirnya dapatlah nama budak ni Muhammad Az Zahin :)


Ejaan Muhammad Az Zahin dalam jawi


Lil Zahin si pemikir :D

Edited: Letak banner Contest Nama Baby Saya yang dianjurkan oleh Idma Textile.