Saturday, January 22, 2011

Shopping Car Seat

Last weekend kami balik Bangi. Hari Jumaat tetibe mak ayah Encik Gajah ajak pergi Sogo sebab ada Sogo Member Day. Ayah mentuaku mahu beli kasut hehe. Memang sedang elok lah sebab kami nak cari car seat untuk lil' Zahin :D

Lepas solat Jumaat, kami bertolak ke Sogo. Orang memang ramai lah kan as expected. Alhamdulillah, dapat beli car seat murah! Bought Sweet Cherry CS800 Eternal Car Seat macam kat entry ni dengan harga RM307, which normal price is RM439! Suka :D


With head support, lil' Zahin nampak macam terpenyek je haha


Dah remove head support, lega skit nampak :D
Lil' Zahin lepak atas car seat sambil tengok berita :P


Letak head support kat stroller :D
Muka tak ikhlas ni :P


On the way balik dari Sogo, car seat tak muat masuk boot jadi kena letak kat seat belakang bersama saya, MIL, dan lil' Zahin! Sempit! Haha. Dahlah jam on the way balik tu. Zahin plak meragam. Hadoi.

Barang baby ni memang besar-besar kan? Kalau travel, penuh ngan barang dia je :P Tu baru anak sorang tuh! Nampaknya nak kena beli bas lah lepas ni kalau nak anak ramai haha :P