Tuesday, January 04, 2011

Pizza Islam by Tasha

Pernah dengar tak tentang Pizza Islam? Penah try tak? Saya dah makan 3 kali. Hihi :P







Saya beli pizza ni masa balik kampung haritu. Yang saya tahu, kalau kat Besut, ada 2 tempat jual pizza ni. Satu kat Jerteh dan satu kat Kuala Besut. Kat Jerteh, diorang jual kat seberang jalan area depan Perodua rasanya. Kat Kuala Besut pulak kat depan BSN. Jual kat gerai kecik je, petang-petang baru dia bukak. Tapi ramai pelanggan!

Pizza Islam ni ada 6 perisa including 2 pizza special. Saya pun tak berapa ingat perisa apa yang available dan apa yang dibeli sebab Encik Gajah yang beli. Saya tak turun sebab saya pangku lil Zahin yang tertidur :D

Harga pulak murah gila! Yang special RM6.90 dan yang biasa RM5.90. Sedap pulak tu! Tak tipu. Tak kedekut nak letak banyak-banyak 'barang-barang' kat atas pizza tu. Hehe. Tapi rasa dia memang tak sama macam pizza kat Pizza Hut sebab pizza ni ala-ala kemelayuan :D Rasanya atuk nenek yang tak berapa nak makan Pizza Hut tu boleh suka kot pizza ni ;)

Kalau balik kampung lagi nanti sure nak beli lagi :D Nyum nyum!