Friday, January 28, 2011

Masalah Rutin Tidur

Masuk malam ni, dah 3 malam dah lil' Zahin tidur awal. First day dia tidur pukul 9 malam. The next day pukul 10 malam dan malam ni 10:15 malam :D Alhamdulillah, happy rasanya :)

Sebelum ni biasanya lil' Zahin akan tidur around pukul 12 tengah malam ke 1 pagi. Paling awal pun pukul 11 malam. Tu pun sekali je kot seingat saya. Masa tu badan Ummi dan Abi dia pun dah penat. Lil' Zahin ni kalau nak dodoi dia, kena guna cara manual iaitu dukung dia so that kepala dia kat bahu kita, kita henjut-henjut badan sambil tepuk belakang dia.

Fuh kalau saya tak cukup makan dan rehat, memang la kesabaran di tahap yang rendah. Hehe. Tapi takdelah marah dia kan. Cuma emo lah sikit di dalam hati sendiri kalau anak takmau tidur walaupun dah di dodoikan. Lagi kita dodoi lagi bulat mata dia. Kalau letak nangis pulak tu. Isk3 nasib baik comel. *Semua baby pun comel*

So sekarang bila lil' Zahin tidur awal, macamana lah Ummi dia ni tak happy semacam? Hehe.

Tapi sekarang ni kan kami di rumah parents saya di Besut. Harap-harap bila balik Kerteh semula pun lil' Zahin akan tidur awal macam ni. Kita tengok macam mana malam-malam lepas ni pulak :D

Ni Ummi dia pun dah ngantuk ni. Nak join lil' Zahin yang tengah nyenyak tidur kat sebelah ni. Hehe. Tata! :D