Tuesday, January 04, 2011

100 Hari

Semalam hari ke-100 saya berpantang. Menahan diri dari makan makanan sejuk yang saya ingin makan seperti:


Ais krim. Credits


ABC. Credits


Timun. Credits


Bendi. Credits


Kacang botol. Credits


Kacang panjang. Credits


Pisang. Credits

Makanan masam-masam jugak saya tak boleh makan. Selain tidak mengangkat benda-benda berat, saya juga berpantang minum air teh. Minuman ais saya tak kesah sangat sebab saya bukan peminum ais tegar. Cuma kalau ABC tu terliur gak la :P

Berat saya pula lagi 2 kg nak turun ke pre-pregnancy weight. Haish.. Now semua pun boleh makan nampaknya lagi susahlah nak turun 2 kg ni. Tengok-tengok lagi naik ada. Haha.

Ummi saya cakap kalau pantang sampai setahun makanan/minuman sejuk ni lagi bagus. Fuh tak tahu lah boleh buat ke tak. Mungkin just kurangkan makan/minum sejuk now compared to before beranak kot :D

Ini bermakna lil Zahin juga sudah berusia 100 hari :) Sabtu lepas pergi timbang, berat sudah 6 kg! :D


Nyenyak sungguh tidur. Semalam badan dia panas sikit mungkin sebab penat kot travel Kerteh-Besut-Kerteh weekend lepas. Tapi by night time dah ok dah, Alhamdulillah :)


Memang suka makan tangan/mitten


Kenyit mata kat kawan-kawan Ummi ;)

Baru first time pakai baju-baju ni tapi dah elok-elok je dengan lil Zahin. Haha.