Monday, December 27, 2010

Zahin's First Trip Balik Kampung Abi

Jumaat lepas lil Zahin dah sampai kampung Abi iaitu di Bangi :) Bertolak dari Kerteh jam 9 pagi dan sampai Bangi jam 3 petang.

Mencabar jugak la perjalanan sebab ada 1 tayar kereta terkopek. Terpaksa berenti kat tepi jalan untuk tukar tayar. Lepas Abi dah tukar tayar, tengok-tengok tayar spare pulak takde angin.

Sementara nak tunggu bantuan, lil Zahin pulak berak sampai bocor sampai terkena long skirt Ummi dia. Haha. Lepas dah tukar baju, dapat bantuan dari peronda highway. Diorang tolong pamkan pakai pam tayar basikal. Hehe. Lepas tu kami isi angin tayar di stesen minyak.


Lil Zahin tidur atas tilam kekabu kat dalam kereta :)


Nyenyak tidur lepas dah kenyang dan berak :P

Hari Sabtu kami ke Jusco Cheras Selatan, beli stroller untuk lil Zahin macam kat dalam entry ni :) Terjumpa baby Firas Zahin, anak blogger kak Ina Hashim kat baby room :D

Semalam bertolak balik ke Kerteh jam 6 petang. Tiba di rumah jam 11 malam. Alhamdulillah. Ummi masih penat lagi ni, sebab lil Zahin tidur atas dada Ummi selama 2 jam stret kat atas kereta. Fuh macam ni lah bila dah ada anak kan :)