Saturday, December 11, 2010

Welcome Home, lil Zahin :)

Maal Hijrah lalu kami sambut bersama-sama sekeluarga di Kerteh. Kami dah balik rumah Kerteh sejak Sabtu lepas lagi :)


Sebelum bertolak ke Kerteh

Syukurlah lil Zahin tak meragam dalam perjalanan. Masa mula-mula kereta gerak dia duk tengok je ke arah langit. Saya letak lil Zahin atas tilam kekabu baby yang saya letak sebelah saya kat seat belakang.

Sebelum ni dia tido je time naik kereta. Tapi last time jalan jauh pun masa dia umur 44 hari which was 1 month back. Tu pun 1.5 jam je perjalanan. This time dia dah banyak berjaga dah. So first time lah bertolak waktu lil Zahin sedang berjaga.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa 3 jam menjadi 4 jam dengan adanya budak kecik ni :D Sebab banyak singgah-singgah. Sekali nak ter-pee dan sekali membeli makanan untuk isi perut. Itulah dia penangan breastfeed. Kena banyak minum air, bila banyak minum air, banyak lah jugak buangannya. Lepas tu cepat lapar. Kena lah isi perut supaya perut sendiri tak berkeroncong :D

Budget nak sampai before Maghrib di Kerteh sebab tak elok baby kat luar time Maghrib. Tapi akhirnya sampai tepat-tepat time orang azan Maghrib. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan kan. Alhamdulillah lil Zahin nampaknya suka rumah ni :)

Bila dah balik rumah sendiri ni, semua kena buat sendiri dah. Memang penat dan tak cukup tidur sebab mengemas rumah. Almaklumlah kat 3 bulan jugak saya tinggalkan rumah ni. Rumah takdelah bersepah tapi berhabuk sebab Encik Gajah balik rumah lepas kerja untuk rehat je. Dia banyak pakai ruang tamu, semua benda dia buat kat situ. So ruang lain tak pakai sangat. Weekend pulak memang takde kat rumah sebab balik Besut jumpa isteri dan anak. Hehe :D

Tapi saya bawak 2 orang adik saya sekali. Bolehlah tolong tengokkan lil Zahin masa saya buat kerja. Alhamdulillah. Lusa diorang nak balik Besut dah. Lepas ni tak tau lah macam mana nak tinggal lil Zahin untuk buat kerja rumah. Harap-harap saya akan terer lah nanti. Hehe.