Sejak balik ke Kerteh, tak putus tetamu datang. Mula-mula 2 orang adik saya iaitu Kak Ngah dan Zarin tidur kat rumah ni seminggu lebih. Lepas tu Ummi dan Abah, serta adik-adik yang lain datang bermalam semalaman sebab nak bawak balik Kak Ngah dan Zarin.
On the same day, makcik dan 2 anaknya dari Paka serta pakcik, makcik, dan sepupu2 dari Besut pulak sampai. Haritu ada 16 orang tetamu dalam satu-satu masa. Nasib baik lah rumah ni tak kecik. Cuma semua tak dapat duduk atas sofa la sebab sofa kat rumah ni L shape punya je :D
2 jam selepas parents dan semua adik-adik saya bertolak balik Besut, parents dan adik-adik Encik Gajah pulak sampai. Bermalam kat sini 4 malam. Tadi baru bertolak balik ke Bangi. So now ada saya, Encik Gajah dan lil Zahin jelah :)
Barulah ada masa nak blogging dan facebooking balik. Next entry will be about Zahin's first night out :D
Testimoni Ostematrix untuk Patah Tulang
-
[image: Koleksi Testimoni Ostematrix untuk Patah Tulang]
[image: Testimoni Ostematrix Patah Tulang]
Testimoni Ostematrix untuk Tulang Patah - Pn Rashida...
8 hours ago
wahhh..ramainyer tetamu..must be tiring kan??tapi x pe, tetamu pembawa rezeki..=D
ReplyDeleteAlhamdulillah,ramai tetamu ye :) syok kan..kan..Jemputlah ke rumah I nad bila dtg KL,hehe
ReplyDelete