Friday, December 31, 2010

The End of Jaundice & Breastfeeding Battle

Firstly saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan yang memberi nasihat & moral support dalam entry ini. Sangat-sangat terharu dan I really appreciate it! :')


Alhamdulillah, selepas terpaksa campur FM selama 11 hari kerana susu badan merudum, saya dah fully BF kembali on the same day saya post entry tu.

Komen bestfriend saya, Ina membuatkan saya berfikir sejenak. Hari tu jugak saya paksa diri untuk BF sepenuhnya. Sebab memang betul pun, lagi kita kasi baby FM, lagi kurang dia BF, means lagi sikit dia punya demand, jadi akan sikit la badan kita supply susu. Boleh refer sini kalau tak faham. Hehe.

So bermula hari tu lah lil Zahin punya demand sejam sekali sehingga lah hari ini! Penat memang penat tapi kepuasan bila dapat BF baby kita sendiri tu, memang tak terkata. Kan BF mommies? :)

Actually milk booster Shaklee yang saya ada sebut kat entry tu untuk tambah susu badan sangat membantu. Sampai sekarang saya consume lagi. InsyaAllah di next entry saya share :)

Regarding jaundice pulak, doktor dah sahkan yang lil Zahin is jaundice free masa pergi inject 2 bulan haritu :)


Usia 7 hari, kat hospital. Muka kuning, badan tak sangat.


Usia 29 hari, masih jaundice


Usia 65 hari, dah takde jaundice dah. Alhamdulillah :)