Saturday, October 02, 2010

Drama di Hari Kelahiran Lil Zahin by Encik Gajah

Jika sebelum ni saya ceritakan pengalaman saya bersalin, kali ni Encik Gajah pulak nak ceritakan pengalaman dia pulak ;)


Sabtu, 25 September 2010

2000: Bertolak dari Besut ke Kerteh. Hari Ahad dah nak kerja dah.
2320: Sampai di rumah Kerteh. Baru perasan kunci rumah tertinggal di Besut :(
2330: Terpaksa bertolak ke Kuala Terengganu untuk jumpa Abah supaya boleh ambil kunci rumah dari Abah.

Ahad, 26 September 2010

0100: Sampai di Kuala Terengganu. Ambil kunci rumah dari Abah. Check in hotel sebab dah tak larat sangat. Kena tidur dulu.
0640: Bertolak dari Kuala Terengganu ke Kerteh sebab kena masuk kerja.
0830: Sampai di rumah Kerteh untuk bersiap pergi kerja. Pada masa yang sama dapat call dari wife, nak pergi ke Klinik Kerajaan sebab dah ada tanda-tanda bersalin. Wife suruh tidur dulu untuk rehatkan badan.
1120: Bertolak dari Kerteh ke Kuala Terengganu Specialist (KTS).
1245: Sampai di KTS.
1329: Our baby boy lahir :)

Total perjalanan hampir 670 KM dalam masa 14 jam. Inilah dugaan yg terpaksa di tempuhi oleh Abi budak kat bawah ni:


Ummi and Abi love you, Muhammad Az-Zahin!