Wednesday, August 04, 2010

Tilam Kekabu Baby : Review

Seperti yang saya bagitahu dekat entry ni, tilam baby yang saya order online tu dah siap dan dah di post, kan? Esok harinya dah sampai dah iaitu hari Khamis lepas :) Good job Pos Laju! Hehe.

So far it was the biggest parcel I've ever received! All the way from Johor :)


Tengok, besar kan? Kertas putih tu sebesar kertas A4


Kotak apabila dibuka


Set tilam kat dalam bag tersendiri. Senang nak bawak pergi travel :)


Tilam kekabu baby saya yang dah siap. Yeay! :D


Tilam tebal! Puas hati :)


Zip pada sarung tilam


Bantal-bantal kecik :D


Sarung bantal~


Warna sebenar :D


Tilam tanpa sarung, dah togel :P Nampak macam roti paung lah pulak. Eh lari topik :P
Oh tq pada model sambilan warna pink tu :P


Jahitan tangan pada bantal togel :P


Zip kat tilam


Bila buka zip, nampaklah kekabu~

Saya dan Encik Gajah dah rasmikan tilam nih, dah baring-baring dah atas tilam nih haha. Lembut! Pastu tak seberat tilam kekabu biasa. Even bantal kekabu Encik Gajah tu pun lagi berat dari tilam nih. Hehe.

Saiz tilam pulak lebih besar dari tilam kekabu baby yang biasa dijual. Sebab tu harga pun lain sikit ;) Kakak yang jahit tilam ni claim yang tilam ni boleh pakai sampai baby umur 3-4 tahun. Masa tu tak baby dah la. Hehe.

Seperti yang saya dah maklumkan di entry ni, saya order tilam ni kat bilikjahit.anggunflora.com. Material untuk buat sarungnya pulak saya beli sendiri kat fabricfanatics.blogspot.com dan tempah jahit sekali bersama-sama dengan tilam.

Kakak yang jahit tilam ni ambil masa 2 minggu untuk siapkan tilam & sarungnya. Sebelum start jahit, RM50 perlu dibayar sebagai deposit. Baki selebihnya dibayar apabila tilam dah siap dijahit, sebelum di pos kepada saya. Kakak tu memang siapkan ngam-ngam 2 minggu. Sememangnya itu tempoh yang dijanjikan :)

Kakak tu jugak menerima tempahan menjahit nursing cover, selimut baby, dan barut baby. Kalau berminat bolehlah jenguk2 sana. Wah promote ;) Tapi saya promote bukan saya dapat apa pun. Cuma mahu membantu kawan-kawan yang masih men-survey barang-barang baby hehe.

Okeh. Sekian saja review dari saya. Semoga berguna untuk kawan-kawan semua~ Sehingga berjumpa lagi di lain rancangan entry :P