Saturday, August 14, 2010

Tentang Breast Pump & Persediaan Berpantang

Kalau sebelum ni saya pening-pening tentang breast pump mana yang perlu dibeli dan set bersalin mana yang elok, sekarang tidak lagi! Hehe. 2 minggu lepas saya dah book..

1. Breast pump
2. Breastmilk storage bottles
3. Set bersalin

..dengan Kak Engku di blognya.


Breast Pump

Saya memilih Medela Harmony untuk breast pump. Dapat harga offer iaitu RM190. Offer tu masih lagi ada as of now so cepat-cepat sebelum harga naik semula! Hehe. Boleh klik sini untuk details tentang breast pump ini di blog Kak Engku.


Medela Harmony. Credits


Breastmilk Storage Bottles

Oleh kerana breast pump Medela Harmony tu disertakan dengan 2 storage bottles je, jadi saya decide nak tambah lagi. So saya amik PP Breastmilk Storage Bottles (5 oz x 8 bottles). Dapat free 2 bottles lagi! So total 10 bottles for RM38.90 :)


PP Breastmilk Storage Bottles. Credits


Set Bersalin / Confinement Set

Saya pilih Set Bersalin NR sebab dari pembacaan saya, testimonial tentang produk ni sangat ok. Best friend saya sendiri pun pakai jugak masa berpantang :)


Set Bersalin NR. Credits

Lagipun bila saya tengok poll results di blog Kak Engku, ramai yang percayakan Set Bersalin NR ni.


40% dari 160 orang percayakan Set Bersalin NR. Credits

Harga pun dapat yang offer punya iaitu RM290 untuk 1 set lengkap di blog Kak Engku. Yang ni pun masih offer lagi sekarang. Jangan terlepas! :D Boleh klik sini untuk details tentang Set Bersalin NR di blog Kak Engku.

Yang tambah best lagi kat blog Kak Engku ni bila boleh tawar harga dan boleh bayar ansuran! Hehe. Sila klik sini untuk details tentang tawar menawar harga dan bayaran ansuran.


Bengkung

Bengkung pulak, tak perlu beli sebab saya dah ada Premium Beautiful Corset.


Premium Beautiful Corset. Credits

Yang ni saya tak beli online. Beli masa before kahwin dengan kakak kawan. Bayar ansuran :D

Premium Beautiful digalakkan dipakai oleh wanita yg baru bersalin kerana ia membantu:

- Mengeluarkan angin dalam badan
- Mengecutkan dan memperkemaskan semula rahim yg mengembang semasa mengandung.
- Menarik dan merapatkan semula tulang pinggul yg mengembang semasa proses bersalin.
- Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi.
- Mengeluarkan darah nifas yang beku dan berketul2 dengan lancar.
- Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim.
- Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh.
- Menyihatkan rahim dan memberi persediaan utk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron).
- Menghilangkan stretch-mark (tanda2 hitam) akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung.
- Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperti param, tapel dan pilis.
- Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu.
- Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu.
- Merawat luka2 di dalam rahim mahupun di luar.
- Menaikkan metabolisma badan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat.
- Membentuk semula payudara, pinggul dan posture badan yg menarik.
- Wanita bersalin “ceasarian” (kerana tidak boleh bertungku,memakai ubat dan sebagainya) paling digalakkan memakai premium beautiful untuk menyihatkan semula rahim anda dan mengelakkan buncit di bawah perut.

Informasi di atas saya copy dari sini.


P/S: Thanks Nani sebab rekemen blog Kak Engku ni :)