Wednesday, August 11, 2010

Sudah Berusia Suku Abad

Alhamdulillah, semalam birthday saya yang ke-25 :D

Sehari sebelum birthday saya tu, balik dari ofis, Encik Gajah bawak balik 2 pizza dan 4 ketul chicken wing. So malam tu kami dinner pizza lah :D

Saya ingat dah setel la 'birthday party' untuk saya kan. Hehe. Sebelum tidur saya tengok la anime One Piece. Saya tengok jam dah nak pukul 12 tengah malam jadi saya dah nak bersedia nak tido lah. Masa tu Encik Gajah tengok tv kat ruang tamu.

Tetibe Encik Gajah masuk bilik bawakan kek, hadiah, dan kad birthday kat saya. Kira surprise lah jugak pada saya sebab saya budget pizza tu la hadiah saya hehe. Saya tak expect sebab saya tahu budget tengah tight skrg ni :P Entah kat mana dia sorok sume bende tu tadi :P


Nyum~ :P


Terima kasih suami terchenta :D


First hadiah berupa bear dari Encik Gajah semenjak perkenalan :P
(Walaupun sbenanye hadiah main ialah makanan kat dalam bekas tu haha)

So pukul 12 tengah malam tu 'terpaksa' la saya makan kek birthday. Hehe. 1 slice kongsi 2 org. 1 slice lagi simpan dalam peti ais. Lepas gosok gigi trus tido :P

Pagi hari birthday saya pulak, lepas Encik Gajah dah pegi keje, saya sakit kepala jadi saya sambung tido. Bila dah bangun saya breakfast dengan pizza dan chicken wing yang tak habis malam tu. Haha. Gomok..gomok :P

Lepas tu saya bukak facebook ada banyak gila birthday wishes! Happy sangat :D Thanks kawan-kawan yang wish :D Tahun depan cuba tak letak birthdate kat facebook tengok ada orang ingat tak. Haha :P

Tengah hari pulak Fiffy ajak keluar lunch sama-sama. Tapi saya masih kenyang lagi jadi saya order milo ais je. Thanks Fiffy berniat nak belanja saya makan tapi tak terbelanja. Ok la belanja milo ais :P

Lepas lunch saya pegi checkup kat klinik kerajaan. Sewaktu weighing tu mulut saya terlopong jap sebab naik 3 kg. Haha. Tapi nurse rilek je. Siap tersilap tulis guna pen warna hitam untuk weight saya. Saya tegur la nurse apasal tak kaler merah? Lepas tu baru dia perasan dan tekap dengan pen kaler merah pulak. Haha. Jujur kan saya? :P

Lepas tu nurse bawak saya jumpa doktor sebab HB rendah, berat naik banyak, kaki bengkak, dan saya mengadu sakit kepala pagi-pagi 2-3 hari ni. Doktor pun tak bising-bising jugak dan kasi panadol. Pasal weight mungkin sebab berat air dan first pregnancy badan tak tahu macam mana nak react lagi. Dia cakap dulu dia naik 18 kg masa first pregnancy. Doktor tu pun kurus aje orangnye. Lega skit saya dengar :P

Doktor suggest saya jumpa pakar pemakanan next week sebab kesian kat saya bila saya mengadu tentang how senang berat saya naik walaupun sehari saya tak jaga makan. Sebab ada sekali time saya pregnant 5 bulan kot berat naik 3 kg. Since then saya sangat-sangat jaga makan.

Contohnya makan nasi dlm kuantiti yg sgt sikit (lebih kecik dr tapak tgn). Lepas tu kalau nak makan lagi saya akan tengok jam dulu. Kalau belum 2 jam lagi since previous meal, saya takkan makan. Kalau makan pun, roti high grain or oat dengan susu. Dan most of the time saya refer buku What to Expect When You Are Expecting bila pikir nak makan apa. Memang kalah time tak pregnant :P

So overall sume orang was nice to me yesterday. Yang tak tahu pun macam tahu-tahu je semalam birthday saya :D Alhamdulillah~

Pukul 5 petang semalam baru saya 'lunch' dengan milo panas dan biskut kering. Takut gomok lagi :P

Itu saja cerita saya pada kali ini :P Korang sahur apa tadi? Hehe. Selamat berpuasa dan selamat beribadah kepada semua :)

Oh panjangnya saya bebel :P