Saturday, August 07, 2010

Pregnancy Checkup at 30th Week

Semalam saya dan Encik Gajah pagi-pagi lagi dah bertolak ke Kuala Terengganu. Ngantuk-ngantuk pun bangun jugak sebab nak pergi ke Kuala Terengganu Specialist (KTS) untuk buat checkup pregnancy kat sana. First time checkup kat sana. Insyallah jika diizinkan, saya plan nak deliver baby kat sana :)

Dari Kerteh nak ke KT ambil masa dalam sejam setengah. 10 pagi kami dah ada kat sana dah. Kami breakfast on the way je masa kat dalam kereta.

Nanti masa raya (36th week) saya nak stand by kat umah parents kat Besut dah. Kalau nak beranak terus shoot ke KTS. Besut-KT ambil masa sejam gitu. Hopefully sempat la. Hehe.

Tunggu dalam 45 minit dapat lah jumpa doktor sebab doktor pegi jumpa patients dulu rasanya. My name was called first lepas doktor turun ke bilik dia. Hehe. Bila scan, rupanya kepala baby dah kat bawah. Dan berat baby sekarang 1.6 kg! Patutla sakit pinggang Ummi ni :)

Doktor ada kasi tips dan nasihat yang berguna. Nanti saya share kat next entry k :)

Tapi yang paling meng-excited-kan sekali apabila kami dapat tengok features kat muka baby! Nampak dia punya dahi, mata, hidung, mulut, dan dagu. Semua clear sangat walaupun 2D je :D Dah tau dah muka ikut sape :P

Organ-organ penting baby pun dapat tengok jugak, so far Alhamdulillah semuanya ok.

Dan kami juga dah dapat tahu gender baby. Hehe. Akhirnya!!


Suka lah Encik Gajah ada geng nanti :)