Sunday, August 08, 2010

Doktor Kata..

Tidur

Kalau nak tidur baring:

1. Ambil bantal pertama untuk bantal kepala macam biasa.
2. Ambil bantal kedua dan letakkan di atas bantal kepala tadi untuk membentuk huruf 'T'.
3. Baring macam biasa di atas bantal-bantal tersebut.
4. Ambil bantal ketiga dan alaskan di bawah kaki.


Kedudukan bantal lebih kurang macam ni la kalau dari pandangan atas :D


Pandangan dari tepi bersama model yang sedang berbaring :P

Kalau nak tidur mengiring:

1. Ambil bantal pertama untuk bantal kepala macam biasa.
2. Baring macam biasa menggunakan bantal tadi.
3. Ambil bantal kedua, alaskan di bawah badan sehingga kedudukan badan adalah 45 darjah dari tilam (bukan 90 darjah ye! hehe).
4. Ambil bantal ketiga, alas bawah perut.
5. Ambil bantal keempat, letakkan di antara 2 kaki.


Pandangan dari bawah step 1-3


Pandangan dari tepi bersama model yang sedang berbaring. Step 3 tidak kelihatan di dalam gambar


Pandangan dari atas. Step 4 kelihatan sipi-sipi saja

P/S: Korang paham tak ni? Haha. Kalau tak paham tanye ek :P

P/S lagi: Doktor nasihat macam ni sebab saya mengadu sakit pinggang. Hepi giler bila dapat tahu sebenarnya boleh tidur baring. Saya kurang biasa tidur mengiring, lenguh. Hehe.

P/S lagi2: Kalau pakai bantal bulu angsa memang bes! Boleh beli kat Home's Harmony :D Saya beli time sale, kalau tak silap satu bantal harga around RM70. Mahal sikit tapi berbaloi :)

Kalau Pening-pening

1. Sebelum bangun dari tidur, goyang-goyangkan kaki dahulu. Lepas tu baru bangun.
2. Kalau duduk terlalu lama, goyang-goyangkan kaki juga sebelum bangun. Ini memastikan darah cepat mengalir ke otak.

Puasa

1. Semasa bersahur, pastikan makan sayur dan buah. Yang lain-lain tu macam biasa.
2. Selepas berbuka, minum air masak banyak-banyak supaya by the time nak tidur tu air kencing dah jernih semula.
3. Sewaktu berpuasa di siang hari, kalau dalam pukul 2-3 petang tu tak larat sampai tak boleh bangun, silalah berbuka puasa. Otherwise boleh teruskan berpuasa.

Masalah Keputihan

Kalau banyak keputihan, kurangkan pengambilan dairy products selain dari susu.


Itu saja pesanan doktor pada checkup lepas yang saya ingat. Harap-harap berguna untuk kawan-kawan lain yang pregnant :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails