Friday, August 13, 2010

3 Hari Pertama Ramadhan 1431H & Baby's Kick Video

Sebelum Ramadhan

Encik Gajah dan saya dah bincang nak pasal tarawikh kat surau:

Encik Gajah: Syg nak pegi semayang tarawikh kat masjid tak nanti?
nadxoxo: Tak kot, segan la nanti Syg sorang je semayang duduk atas kerusi.
Encik Gajah: Ooo ok takpe nanti Abg gi sorang jelah ek. Takpe kan Syg duk rumah malam-malam? Takpe, malam-malam bulan puasa takde hantu.


Pasal hantu pulak yang dia risaukan -_-" Kelakarlah Encik Gajah ni, rasa nak geget je. Ngap ngap :P


1 Ramadhan

Kami bertarawikh sama-sama kat rumah sebab Encik Gajah kepenatan baru balik kerja, lagi pun dah lambat masa tu nak pergi masjid. Orang dah start solat tarawikh dah. Jadi dapatla saya berimam malam tu hehe. Si kecik dalam perut pun turut 'solat' sama, aktif semacam je bila dengar Abi dia baca surah-surah :D

Saya bangun pukul 4:50 pagi untuk sediakan sahur. Encik Gajah dah beli siap-siap dah pun lauknya masa on the way balik kerja. Hehe. Cuma nak kena panaskan nasi, lauk dan buat air. Tak menjadi masalah nak bangun awal sebab sebelum ni dah ganti puasa last minute dalam bulan Syaaban :P Niat puasa sebulan terus sebab yakin nak puasa penuh. Keyakinan tu penting, hehe.

Waktu tengahari masa first day puasa tu tetiba rasa macam lapar sangat dan pening kepala. Jadi saya mandi dan basahkan kepala dan buat tak tahu je. Alhamdulillah lepas tu dah ok. Cuma kaki bengkak dan baby sangat aktif start tengahari sampai la Maghrib. Risau lah jugak sebab biasanya tak seaktif tu. Saya tawakkal je dan Alhamdulillah bertahan sampai berbuka.

Juadah berbuka ada 2 lauk dan kuih lompat tikam yang sedap.


Kuih lompat tikam. Credits

Lepas je berbuka saya rasa macam nak pitam. Dah penah jadi masa first day ganti puasa haritu. Saya fikir maybe sebab first day puasa kot, so saya rest jelah sampai rasa ok. Malam tu saya tarawikh sorang je kat rumah. Malam tu baby masih lagi aktif macam siang harinya sampai la saya nak tidur.

Sebelum tidur malam tu masa masak nasi tetiba rasa nak pitam lagi. Saya pun tak pasti kenapa. Siang ok, malam pulak nak pitam. Lepas tu saya terus baring dan Encik Gajah urut-urut kepala dan badan saya. Lepas tu banyak gila angin keluar. Lepas dah ok sikit baru saya boleh tidur.


2 Ramadhan

Sahur Alhamdulillah larat bangun. Tapi lepas Subuh saya pening kepala. Mungkin sebab tak cukup tidur kot. Asyik terjaga setiap jam dan bangun pergi tandas. Saya tidur je dan lepas bangun dah ok. Alhamdulillah tak lapar atau dahaga sewaktu berpuasa. Cuma kaki masih bengkak dan baby masih aktif macam hari sebelumnya. Tapi saya bertahan jugak sampai berbuka.

Berbuka kali ni special sikit sebab Encik Gajah beli lauk ketam masak sambal. Ketam sekor kongsi 2 orang :D


Ketam masak sambal. Credits

Habis je berbuka rasa nak pitam lagi macam hari sebelum. Cuma kali ni tak seteruk tu. Lepas rehat jap dah ok balik. Tapi lepas solat Isyak rasa nak pitam tu datang lagi. Lepas baring dah ok. Bila solat tarawikh pun sama. Kadang dia datang, habis je 2 rakaat saya terus baring. Senang sebab solat duduk kat tepi katil. Terus baring je bila-bila perlu. Dah ok sambung lagi 2 rakaat dan macam tu lah sampai solat witir. Saya fikir Alhamdulillah saya solat kat rumah, kalau kat masjid nak pitam macam mana lah agaknya.

Malam kali ni keaktifan baby ialah tahap biasa. So saya tak berapa risau sangat dah. Masa tengah baring antara solat tarawikh tu saya record video si kecik yang aktif dalam perut nih:



Baby tengah main bola sepak agaknya ;)

Dalam pukul 11 malam macam tu rasa nak pitam lagi. Lepas diurut memang keluar angin banyak jugak macam malam sebelum. Haish. Cakap kat Encik Gajah nak pergi klinik harini tapi sampai sekarang tak terpergi jugak. Sebab siang-siang sehat je. Haha.

Pagi tadi bangun sahur macam biasa. Dan lepas solat Subuh sambung tidur sebab rasa tak larat.


3 Ramadhan

Harini lepas bangun tidur Alhamdulillah dah takde rasa pening atau tak larat. Sampai saya tengah menaip entry ni semuanya ok termasuklah keaktifan baby. Cuma kaki jela masih bengkak sikit. Rasa agak yakin boleh bertahan sampai berbuka, insyaAllah. Lagipun dah nak masuk Asar dah ni :D

Harap-harap malam ni takdelah pening-pening or nak pitam macam 2 malam lepas. Kalau tak memang wajib terjah klinik jugak.

Selamat berbuka dan bertarawikh semua!