Sunday, July 25, 2010

Sakit Pinggang!

Dah 4 hari berturut-turut dah sakit pinggang tak hilang-hilang. Sebelum ni kalau sakit pinggang, bila tidur, letak bantal bawah kaki kalau baring on my back, dan letak bantal di antara kaki kalau mengiring, esoknya insyaAllah dah ok. Tapi kali ni, tak makan saman langsung.

Apalah saya ni, baru 4 hari tapi dah bising-bising kan? Tapi seriously, sakit.

Kalau sakit pinggang je masih boleh tahan lagi, tapi ini nak melangkah kaki pun sakit! Jalan pun macam penguin dah. Pastu kalau orang tengok sure nampak sarat sangat dah mengandung sebab jalan pun slow je macam berat je. Aduhai. Sememangnya pregnancy dan sakit pinggang tak dapat dipisahkan.

Kat bawah ni ada video macamana exercise untuk kurangkan sakit pinggang ketika pregnant. Siapa-siapa yang mengalami masalah seperti saya bolehlah amalkan.