Sunday, July 11, 2010

Perut Siapa Lagi Besar?

Saya dan Encik Gajah baru sampai Kerteh awal pagi tadi jam 1:30 am. Kami balik Bangi for the weekend. Jangan konfius pulak sebab kami punya weekend Jumaat dan Sabtu. Hehe.

Hari Sabtu haritu kami pegi Shah Alam, rumah makcik Encik Gajah. Lepas tu gi jumpa adik saya, Kak Ngah di Laman Sri Business Park sebab kedai Permata Hijrah baru bukak kat situ. Adik saya ni memang susah nak jumpa skit sejak dia keja dengan Permata Hijrah sebab duk travel sana sini. Terubat lah jugak kerinduan kat dia bila dapat jumpa ;)


Kak Ngah dengan uniform kerjanya :P

Lepas tu kami shopping barang baby kat OU. Hihi. Nanti saya cerita di lain entry ye :)

Hari Ahad pulak pegi rumah sewa lama saya kat Hentian Kajang sebab nak ambik barang yang tak terambik lagi. Hehe. Alhamdulillah larat lagi nak mendaki ke rumah sewa di tingkat 4 tuh. Siap naik turun 2 kali lagi semalam walaupun membawak si kecik dalam perut ni :D

Petang tu kami pegi Majlis Amal Hi-Tea kat PERMATA. Mak mentua saya yang organize :D

Saya selesema sejak semalam sebab mengemas kat rumah lama, barang saya dah berhabuk :P Harini pun badan rasa lenguh-lenguh je walaupun yang mengangkut barang ialah Encik Gajah hehe. Sebelum saya pegi berehat, tataplah aksi kami ni lepas majlis hi-tea semalam :D


Perut sape lagi besar? Haha.


26 weeks 5 days of pregnancy :D


Bakal mak ayah sapa lah ni :P