Monday, July 19, 2010

Hello 3rd Trimester!

Alhamdulillah, harini menandakan 28th week of my pregnancy. So, hello 3rd trimester! :D

Pejam celik pejam celik (makan-tdo-makan-tdo hehehe), dah 7th month dah baby dalam perut ni :) Lagi 12 week or less (hopefully tak overdue lah hehe) dapatlah peluk cium baby puas-puas!


Sekarang dah mula kerap pergi tandas macam first trimester dulu. Tapi kalau malam-malam tu adakalanya saya tahan je sampai tak tahan sangat baru saya bangun pergi tandas :P

Bukan apa, tandas dah lah tak attached to our room, lepas tu pulak tandas cangkung. Kalau nak tandas duduk kena naik tingkat atas. Malas nak panjat tangga + takut naik sorang tingkat atas malam-malam :P


Baby pulak semakin hari semakin padu tumbukan dan tendangannya. Tu belum masuk lagi skill menyiku nya pulak. Pergh, yang ni memang tajam. Sampai tokojut-tokojut den, kata orang N9. Disusuli pula dengan jeritan, 'Adoi!'. Tu Ummi baby la yang jerit, bukan baby. Haha, tu pun nak bagitau ke :P

Tapi yang saya rasa comel dan geram bila baby suka 'menyandar' kat belah kanan perut saya. Selalunya saya dapat rasa kepala saya kat bawah tulang rusuk kanan saya sebab keras semacam pastu tertonjol. Nanti saya pegang je kat area situ dan senyum sorang macam orang angau :P

Oklah kawan-kawan, setakat tu je update untuk hari ni, Selamat Malam dari 'Bini Gajah' dan 'Baby Gajah' :P