Tuesday, July 13, 2010

Baby Bump at 27 Weeks


27 weeks bump :)
Berat saya sekarang dah 60 kg. Ish3 :P

Perkembangan Si Kecil

Baby sangat aktif sejak seminggu yang lalu. Tak tahu bila dia duk diam. Lagi saya baring nak tidur, lagi lah dia aktif.

Tapi Alhamdulillah dalam seminggu ni jugak saya dah dapat tidur mengiring. Kalau tak, once saya mengiring je nanti rasa lah baby kuis-kuis kat bahagian saya mengiring tuh. Haha. Jadinya tak sedap hati nak mengiring. Pastu kena lah tidur baring macam biasa je.

Kadang tension jugak, sebab saya sakit belakang, jadi nak lah mengiring ke kanan atau ke kiri since meniarap memang tak boleh. Tapi baby has been a good girl/boy this week sebab kasi Ummi tido mengiring. Hehe. Selesa skit. Thanks baby! :D


Bukan baby saya :D

Baby Boy or Girl?

Masih belum diketahui lagi. Beli baju pun yang unisex punya. Baby girl or boy dua-dua boleh pakai :D

Since week 20, patut dah boleh tahu jantina. Dah 2 kali scan, kedudukan baby awkward. Doktor tak dapat nak pastikan jantina baby. Next week saya dan Encik Gajah plan nak gi scan lagi. Baby sila tunjukkan jantinamu ok! Haha.

Kaki Gemok

Semalam saya perasan kaki lebih bengkak dari biasa. Keadaan ni dipanggil edema or water retention. Ianya disebabkan oleh pengumpulan air dalam tisu. Nama gelemer ialah kaki sembab kot. Ke korang panggil apa ek? Hehe.

Sebelum ni kalau ada pun sikit sangat, takde beza ngan sebelum pregnant. Kaki saya memang jenis gemuk2 :P Badan nampak kecik tapi pakai kasut size 7 hehe. Tapi semalam memang nampak lain. Macam pernah tersepak apa je. Saya cuak dan terus baring dan letak bantal bawah kaki untuk tinggikan kedudukan kaki. Sekejap je dia dah kurang. Tapi bila pakai selipar still leh rasa perbezaan dengan sebelum ni.

Saya memang selalu duk depan komputer, kalah masa keje dulu :P Sebab tu lah tetibe jadi mcm tu semalam. Dah terkena macam ni baru nak cuak kan hehe.


Ok lah, lain kali saya bebel lagi :P

Next entry nak cite pasal gambar-gambar kahwin yang di framekan! Hehe.