Sunday, April 25, 2010

Rekod Kesihatan Ibu

Sewaktu kandungan berusia 14 minggu, saya ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendaftarkan pregnancy saya. Saya rasa macam agak lambat tapi sebab masa tu baru ada kesempatan untuk pergi mendaftar, lambat pun lambat lah.

Lagipun sebenarnya saya dah kali ketiga pergi ke sana. Kali pertama saya pergi, masa tu dah pukul 4:30 petang jadi dah lambat sangat nak daftar (klinik tutup pukul 5 petang). Nurse kat situ bagitahu, bila mendaftar kena ambil darah semua jadi lama lah jugak procedure untuk mendaftar sebenarnya, bukan sekadar isi borang je. (Saya ingat isi borang je hehe). So kena lah balik rumah dengan kuciwa.

Kali kedua pulak, saya pergi hari Khamis. Hari Khamis, kaunter pendaftaran untuk pregnancy tidak dibuka lah pulak. (Saya tak sure kalau kat Klinik Kesihatan kawasan lain). Hari Khamis untuk orang-orang yang buat appointment sahaja. Jadi pergi kali ketiga ni barulah dapat mendaftar.

Moral of the story - jangan pergi lambat sangat atau pergi Hari Khamis, ya! :D


Yang ni lah yang orang duk selalu panggil 'kad merah/pink' ni. Tapi bukan macam kad sangat pun sebab dia ada banyak pages, lebih macam buku, bukan sekeping macam kad :D Rekod Kesihatan Ibu ni hanya dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan a.k.a Klinik Kerajaan sahaja.

Kat dalam ni ada rekod pregnancy yang lepas termasuklah yang keguguran. Selain itu ada rekod perubatan, imunisasi, dan masalah perubatan keluarga.

Apa Yang Berlaku?

Setelah nurse meng-interview saya tentang maklumat tersebut, mereka meminta kebenaran untuk mengambil darah saya sebanyak 10ml. Ia adalah untuk tujuan ante natal screening (untuk mengetahui jika ada masalah rhesus, HIV, etc.). Saya kena tandatangan borang kebenaran untuk menyatakan persetujuan. Lepas tu darah saya pun disedut sebanyak 10ml~

Lepas tu berat saya ditimbang dan tekanan darah diambil. Kena buang air kecil kat satu stick tu untuk mengetahui air kencing saya mengandungi gula atau protein.

Lepas tu nurse memberi sesi kaunseling kepada saya tentang topik-topik pendidikan kesihatan. Antaranya ialah cara-cara yang betul pengambilan vitamin, aktiviti intim dengan suami ketika hamil, penjagaan payudara, dan kepentingan datang awal ke klinik.

Nurse bagitahu, sebaik-baiknya hendaklah mendaftarkan kandungan anda sebelum selewat-lewatnya ketika kandungan berusia 12 minggu. Lagi cepat lagi bagus!

Nak Pergi Daftar?

Untuk mendaftar, dokumen yang diperlukan ialah:

-Kad pengenalan isteri
-Kad pengenalan suami
-Gambar scan baby
-Surat perakuan nikah


Surat nikah yang dikeluarkan di Negeri Terengganu

Tapi kadang-kadang ada tempat yang tak minta pun dokumen ni, just kena isi borang sahaja. Tapi kalau nak safe silalah bawa, tak rugi pun :)

Pada yang belum mendaftarkan lagi pregnancy, sila lah buat secepat mungkin di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda :)

Lepas dah dapat Rekod Kesihatan Ibu tu, sila lah bawa ke mana-mana sahaja anda pergi seperti anda membawa kad pengenalan anda, ya! Mana lah tahu kalau ada emergency, senang :)

Sekian laporan saya untuk kali ini, semoga bakal-bakal ibu especially first-timer macam saya ni mendapat manfaat dari entry ini :)