Wednesday, April 07, 2010

Pesen Orang Pregnant

'Pesen' dalam bahasa melayu pasar boleh diertikan sebagai, pertama; fesyen ataupun kedua; ragam, betul tak? :D

Sejak akhir-akhir ni kalau nak keluar rumah mesti resah gelisah sebab tak tahu nak pakai baju apa. Yang banyak pun sendat-sendat dan singkat-singkat :( Semua tu baju sebelum kahwin, dah lama dah tak pakai.

Yang tak masuk kumpulan itu ada lah dalam 6 helai. Yang tu semuanya sopan punya baju seswai ngan imej isteri dan perempuan mengandung. Tapi bila dah pusing-pusing pakai 6 helai baju tu jugak, pada suatu hari dengan moody-nya saya berkata kat Encik Gajah, 'Takde baju nak pakai lah nak pakai!' Ni ayat normal orang perempuan nih. Hehe.


Pastu masa tu jugak la Encik Gajah pergi ambil baju-baju saya yang sebelum kahwin tu. 'Ni banyak baju?' katanya sambil hulur baju-baju tu kat saya. Saya pun explain la kat dia, sejak kahwin saya tak pakai baju-baju tu dah, insaf~ Then baru lah dia paham, lepas tu dia pujuk saya nak gi beli baju baru. Adegan ni berlaku masa tu nak pergi makan kat Secret Recipe sebab saya mengidam Thai Style Fried Rice :D

Bila dah sampai kedai, masa tunggu makanan siap, rasa sebak secara tiba-tiba mengenangkan tiada baju yang nak dipakai jalan-jalan. Jalan cepat-cepat pergi toilet sebelum orang nampak saya menangis. Nasib baik toilet dekat je. Inilah pesen (ragam) orang pregnant, tetibe je emo atas sebab-sebab yang tak munasabah. Haha. Dah puas nangis dalam toilet, hepi pulak lepas dah dapat makan makanan idaman. Ish ish ish, macam-macam~

Bercakap pasal fesyen pulak, semalam saya dah beli secara online baju ni:


Credits: Chic Shawl

Comey tak? Model tu pakai sungguh comey. Encik Gajah pun approve :D (Sebenarnya tunjuk kat dia lepas dh buat payment haha). Wee~ Harap-harap muat la perut buncit saya bila pakai baju ni hehe.

Oh ingat tak baju yang saya pakai masa last day kat Satyam dan konon buat outdoor photoshoot tu? Baju tu macam baju pregnant kan? Tapi sebenarnya agak kecil di bahagian perut. Mungkin sampai 5 bulan boleh kot pakai. Lepastu pulak kena pakai seluar. Saya kalau boleh taknak pakai seluar memandangkan perut membesar :D

Banyak pulak membebel kali ni. Harap korang tak bosan sebab banyak sangat perkataan. Jadi saya sajikan dengan gambar-gambar 'baju pregnant' masa last day kat saytam tuh hehe.


Perut masih kempis sebab masa ni belum pregnant lagi :P


Eh yang ni tak nampak baju pun :P


Baju ni kena pakai inner~

Ok dah tu je. Tata~ :)