Thursday, April 01, 2010

Ini Membuatkan Saya Makan Banyak!

Lepas je balik dari kampung hujung tu untuk ambil surat nikah, 3 hari lepas tu iaitu hari Selasa - Ummi, Abah, Zarin, Anas, Kak Chik, Nenek, Ayahsu dan Che Su pulak datang rumah kami di Kerteh.

Diorang bawak sangat banyak makanan. Dari Roti Paung yang saya teringin sangat nak makan, jagung rebus, puah pauh (mangga), karipap segera, roti goreng segera, dan macam-macam lagi~

Tapi yang paling best ialah Ummi masakkan Singgang Ikan dari Besut dan bawak ke rumah saya bersama budu! :P

Jadi, inilah makan malam kami malam tu:


Ada 10 pinggan nasi di situ :D


Budu + lada + perah asam limau, dan kat belakang tu petai yang disalai!


Ikan bakar beli kat Labuhan (dekat rumah) dan Singgang Ikan Ummi! :D


Perut sangat buncit malam tu sebab makan banyak. Dahlah duduk bersila/bersimpuh kat lantai membuatkan susah makanan nak masuk perut saya since banyak angin dalam perut sebab pregnant kan, tapi itu tidak menghalang saya untuk makan banyak! :P

Then hari Jumaat saya start sakit tekak dan selesema. Bila bagitahu Ummi, Ummi cakap sebab makan banyak budu lah tu :P Sapa lah tak selera kalau dihidangkan makanan sedap-sedap macam tu, pulak tu makan ramai-ramai dengan family, tentulah besar selera jadinya kan :D