Monday, February 08, 2010

Last week I had this weird dream..

Minggu lepas, saya ada mimpi pelik. Dalam mimpi tu, saya lahirkan seorang bayi lelaki. Lepas tu saya terjaga. Bila saya tengok jam, lebih kurang jam 3 - 4 pagi.

'Hmm, belum Subuh lagi. Orang kata mimpi sebelum Subuh ni betul..
Tapi 2-3 hari lagi nak period dah..hmm..mungkin mainan tidur je kot..'


Pastu tido lah balik sebab masih mengantuk lagi. Hehe.

Lepas tu, tiba lah hari yang sepatutnya saya period. Tunggu-tunggu tak mari-mari. Sehari selepas tu pun sama. Tak mari-mari juga. Tapi rasa sakit perut macam nak period. Hmm..mungkin kali ni lambat sikit kot dia mari.

Saya berasa sungguh pelik sebab seingat saya, kitaran haid saya tetap dan tak pernah lewat. Saya ada rasa sikit hepi dah masa tu konon-konon pregnant la kot sebab tak period. Tapi saya tak mahu hepi lagi sebab sebelum ni saya dah 2 kali dikecewakan oleh Encik Pregnancy Test Kit dengan menyatakan bahawa saya tak pregnant 2 bulan lepas :(

Jadi saya pun biar je lagi 1 hari lagi mungkin lewat 3 hari kot period kali ni. Tapi bila malam tu saya tido, saya tiba-tiba terjaga di tengah malam dan tiba-tiba juga teringat kat nasi minyak dan tetiba rasa terliur sangat! Haha.

Lepas tu, saya baru teringat, 'Oh saya belum period lagi ni, better gi check'. Saya check, memang tiada mari-mari juga. Pada masa tu lah saya tetiba datang perasaan seriau, saya pun tak tahu kenapa, sambil dalam hati berkata, 'Memang betul aku pregnant kot kali ni. Nanti nak kene deliver baby!' Lagi seriau bila mengingatkannya. Pelik gak bila rasa seriau ni. Sebelum ni nak sangat pregnant kan. Pastu saya sambung la balik tido walaupun masih diselubungi perasaan seriau.

Pagi esoknya lepas Encik Gajah pergi kerja, saya tergerak hati untuk buat pregnancy test kat rumah. Saya tak fikir panjang pun. Saya terus buat masa tu juga. Mula-mula, the first line keluar, lepas tu sikit demi sikit another line appeared below the first line!

Tak tergambar perasaan saya masa tu. Tak dapat nak berhenti senyum, and at the same time rasa tak percaya dan seriau mengenangkan bagaimana waktu deliver nanti. Tak sabar nak tunggu perut membuncit dan terfikir bagaimana rupanya anak saya nanti. Lelaki ke perempuan? Atau kembar? Hehe. Macam-macam yang berlegar dalam fikiran dalam waktu yang sama.

Nampaknya mimpi saya bakal menjadi nyata tak lama lagi :D



P/S: Selamat 4 Bulan Perkahwinan kepada Encik Gajah :)