Monday, February 22, 2010

First Time Tengok Baby

..sambungan dari entry lepas.

That weekend kami balik Besut. Cerita hepi - akhirnya dapat gak makan nasi minyak yang kuteringat2 sewaktu tidur malam tu :P Nasi minyak ni senang je nak cari kat sana sebab ia biasa dimakan sewaktu breakfast, takyah tunggu orang kawen. Hehe.


Nyam nyam! :D

On the other hand, sejak disahkan pregnant, angin dalam badan ni sangat banyak. Lebih banyak dari kebiasaan, seiringan dengan sakit kat ulu hati atau omputih panggil heartburn. Hehe. Ianya semakin teruk pada minggu yang saya balik kampung ni.

Lepastu pulak, rasa sakit kat ari-ari tak hilang-hilang. Rasa dia macam nak period tapi takdelah sakit sangat-sangat cuma ianya sakit yang berpanjangan macam tak berhenti. Memang tak selesa dan agak menakutkan walaupun takde bleeding.


:'(

Lepas balik Kerteh semula, pagi Ahad tu instead of going to work, Encik Gajah bawak saya ke sebuah klinik keluarga di Dungun iaitu Klinik Raihan atas recommendation kawan rapat saya, dia cakap klinik tu best.


Memang best pun. Walaupun kena tunggu lama untuk jumpa doktor, tapi berbaloi sebab penerangan doktor senang untuk difahami lebih-lebih lagi untuk Encik Gajah yang tak tahu langsung pasal pregnancy. Hehe.

Masa tu lah kami dapat tengok baby kami apabila di scan. Doktor ajak Encik Gajah tengok sekali gambar baby. Waktu tu baru je 4 minggu 6 hari pregnant :P Jadi nampak macam benih kacang hijau je. Keciiiiik sangat tapi mak bapak baby sangat excited di dalam hati. Hehe.


5 minggu di dalam kandungan. Keciiik sangat :D

Ini penerangan doktor pasal sakit-sakit saya:

1. Sakit kat ari-ari: Doktor kata, sebelum ni uterus kosong, sekarang ada baby jadi sedikit sebanyak akan rasa juga perbezaannya, walaupun ianya masih sangat kecil.

2. Sakit kat ulu hati: Doktor kata, dulu keperluan makan adalah untuk seorang, sekarang keperluan dah jadi double. Asid dirembeskan untuk mencernakan makanan dalam perut 2 kali lebih banyak berbanding sewaktu single dulu hehe tapi bila asid keluar, takde pulak makanan untuk dicernakan. Sebab tu lah jadinya sakit ulu hati atau gastrik ni.

Oh..baru kami faham :D

Doktor juga ajar macam mana nak kira umur baby mengikut minggu. In my case, setiap Isnin menandakan a new week, meaning umur baby tambah seminggu. Macam hari kerja pulak kan? Senang nak kira. Hehe. Kami ada tanya doktor adakah tak boleh makan masam-masam atau pedas-pedas sewaktu pregnant?

Doktor kata, boleh makan masam-masam atau pedas-pedas tetapi kena lah makan sewaktu perut tidak kosong iaitu kena alas dengan makanan lain dahulu sebelum makan makanan2 tersebut. Make sense kan?

Apapun doktor cakap keadaan baby sangat baik. Alhamdulillah. Doktor suruh datang next check-up on the 9th week dan lepastu boleh bawak gambar scan baby ke klinik kerajaan untuk wat kad merah hehe.

Lepastu mak bapak baby kecik pulang dengan senang hati ke rumah :D


..bersambung.