Thursday, February 11, 2010

2 Garis

..sambungan dari previous entry.

Orang pertama yang saya beritahu ialah my best friend, Ina dan Encik Gajah. Saya pun tak ingat siapa yang saya call dulu jadi saya kira kedua-duanya orang pertama lah. Haha. Saya tanya Ina apa nak buat lepas dh +ve pregnancy test. Dia dh expert sebab dia dh nak due 3 minggu lagi. Hehe.

Kat Encik Gajah pulak, saya tak tahu nak cakap macam mana kat dia. Jadi saya SMS dia dengan menaip satu perkataan saja.

'Abg..'

Tak lama lepas tu dia call saya. Dia tanya, kenapa? Dia rasa pelik sebab saya tak pernah buat macam tu sebelum ni. Jadi saya ceritalah..

'Tadi Syg buat Pregnancy Test..
..erm..ada dua garis..'

'Dua garis?' dia blur skit.

'A'ah, test tu positive..'

'Yeke?!' Suara excited.

'Cuba test sekali lagi kat pregnancy test yang satu lagi. Ada banyak kan kita beli haritu?' Ya, haritu kami beli 3 Pregnancy Test Kit yang berlainan brand. Haha.

'Takde, Syg bawak satu je datang Kerteh. Satu lagi kat Bangi'
Satu lagi dah pernah guna 2 bulan lepas :P

'Petang ni lepas Abg balik kerja kita pergi klinik ek, untuk sahkan'

'Okay~'

Dan petang tu di klinik, doktor telah mengesahkan bahawa memang benar saya mengandung :) Tapi dia tak cakap pun umur baby dlm perut ni berapa minggu. Ehem, tapi sebenarnya sebelum tu saya dah google dah macam mana nak kira usia kandungan dan due date. Hehehe.

Oleh sebab doktor dah macam nak suruh kami keluar dah dari bilik doktor tu, kami tak puas hati sebab takkan datang semata-mata nak sahkan pregnancy je kan. Information lain takde pulak dia bagitahu. Padahal dia maklum bahawa ini first time saya pregnant.

Jadi kami tanya la apa yang patut kami tahu tentang pregnancy. Tak boleh makan apa-apa atau ada apa-apa nasihatkah?

Doktor cakap jangan makan masam-masam dan jangan angkat barang berat-berat. Tu je -_-" Lepastu dia cakap kalau ada pendarahan dan sakit kat ari-ari, kena datang jumpa doktor. Then saya cakap la saya ada sakit kat ari-ari macam nak period tapi takde keluar darah pun. Dia cakap takpe tapi tak cakap pun kenapa sakit :(

Saya minta asid folic dan apa-apa yang patut then dia kasi sejenis ubat tambah darah yang dah campur asid folic dan lain-lain dalam satu tablet. Kena makan 1 biji sehari.

Pada malamnya, saya beritahu berita ni kat Ummi hehe.

Itulah cerita saya pada hari kandungan saya 4 minggu 2 hari :)


4 minggu di dalam kandungan :)

..bersambung.



P/S: Terima kasih banyak-banyak pada semua yang mengucapkan tahniah dan memberi nasihat :) InsyaAllah dengan doa kamu semua, saya dapat melalui waktu kehamilan yang lancar~