Friday, December 18, 2009

Hari Terakhir di Satyam

Assalamualaikum semua~ Ya, ya saya sudah dengan rasminya bukan pekerja Satyam lagi. Sob sob.

Inilah gambar yang sempat dirakamkan pada hari terakhir di sana:


Mari mula buat clearence :'(
Di hari terakhir bekerja saya kene isi form dan kene ambil tandatangan beberapa pihak di clearence form di tangan saya tu.


Tabik hormat dari pasukan Puan nadxoxo. Haha.
Di kiri kanan ialah guard yang mesra dengan saya hehe.


Kali terakhir bergambar bersama kad matrix :'(
Ku akan merinduimu~


Ini Su Pei, HR exec tapi dulu kami kamcing masa training masa memula masuk Satyam. Masa tu dia bukan HR hehe. Miss that moment.


Okeh semua sudah beres!
Mari bergambar dengan rakan-rakan pula :D


Saya dengan Cik Emi, salah seorang rakan rapat saya di Satyam. Antara orang paling baik hati yang pernah saya jumpa.


Tambahan di dalam gambar ialah Cik Iqa. Dua-dua budak ni tempat saya selalu bercerita :D


Cik Su. Tak banyak potpet macam saya. Tapi sekali dia bersuara, tajam la juga :P Hehe.


Ini Cik Dejah yang rajin buat muffin/lasagna/cupcake untuk kitorang.


Ini geng lunch saya :)
Geng karok juga haha.


Ini anak-anak murid saya. Saya terpaksa ajar mereka sebab mereka mewarisi kerja-kerja saya di dalam projek haha. Takziah :P


Bersama Myo, my project lead. Orang lain selalu ingat dia ni Melayu tapi sebenarnya orang Myanmar hehe. Nama pun bunyi macam 'Meor' haha.


Bersama kawan-kawan bangsa lain hehe.


Bersama Kak Yan, saya ambil aura orang pregnant :D


Bersama sejambak bunga dari Cik Iqa :')



Next entry ialah outdoor photoshoot kat Satyam sempena last day saya. Ini ialah gambar 'curi-tengok' (sneak peek):


Mesti tak sangka Satyam sehijau ini :P


P/S: Saya dah jadi full-time housewife sekarang. Dah mula tinggal di Kerteh bersama Encik Gajah :) Sedang sibuk mengemas rumah. Phew~ Kat rumah tu belum ada internet dan astro lagi. Harap-harap cepatlah diorang datang pasang :P Sekarang ni dapat berinternet sebab balik Bangi harini. Esok ada orang kawin kat Negeri Sembilan. Kalau sempat, next entry akan ada esok. Kalau tak, next entry ialah bila orang Streamyx datang pasang Streamyx~ haha.