Sunday, November 01, 2009

Puan nadxoxo

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar kat sebulan jugak nadxoxo tak update blog kan. Maaf dipohon kepada pembaca blog ni yang mungkin tertunggu2 cerita kawen nadxoxo. Eceh.

Peralihan fasa hidup membuatkan nadxoxo kekurangan masa dengan dunia maya ni. Upload gambar kat facebook pun cepat2 je, login dan lakukan apa yang patut, lepas tu dh logout. Dah tak boleh nak mengadap pc lama2 macam dulu. Nanti nadxoxo cite lebih detail lagi di entry seterusnya.

Back to the main topic, Alhamdulillah, nadxoxo sudah sah menjadi isteri Encik Gajah pada Jumaat, 09 Oktober yang lalu.

Gaya Encik Gajah yang bersahaja membuatkan para hadirin tergelak besar selepas sah akad nikah. Namun suasana menjadi pilu apabila Abah nadxoxo membaca ayat peyerahan nadxoxo kepada Encik Gajah sebagai isteri Encik Gajah yang sah.

nadxoxo juga turut tidak terlepas dari menitiskan air mata padahal memang yakin giler sebelum ni tak akan nangis. Isk3.

Apapun, Alhamdulillah, Majlis Akad Nikah kami berjalan lancar :)






Mr. & Mrs. Gajah :D