Sunday, November 22, 2009

Berhenti Kerja

Assalamualaikum.

Untuk merealisasikan impian menetap di Kerteh bersama suami tercinta, Puan nadxoxo sudah hantar surat letak jawatan Isnin minggu lepas. Notis selama sebulan. Jika diluluskan, insyaAllah hari terakhir bekerja ialah 15 Disember depan.


Puan nadxoxo dah dapat kerja ke kat Kerteh?
Belum lagi. Sedang. InsyaAllah hari Rabu ni akan ke IPTA dan IPTS sekitar Kerteh menghantar resume. Puan nadxoxo bercita-cita menjadi lecturer IT pula. Semoga Puan nadxoxo berjaya, amin..

Puan nadxoxo dah dapat rumah ke kat sana?
Juga belum. Encik Gajah sedang mencari juga. Ada 2-3 buah rumah yang telah di booking oleh nya. Yang penyewanya dah nak keluar tak lama lagi. Semoga Encik Gajah berjaya, amin..

Rumah sewa kat Kajang macam mana?
Puan nadxoxo bayar sewa sampai hujung bulan November je. Lepas tu dah let go bilik tu. Alhamdulillah sudah ada pengganti. Tak susah-susah nak cari lagi. Rumah sewa tu, sejak Puan nadxoxo kahwin, tak tidur sana dah sebab duduk dengan family mentua pulak kat Bangi. Tapi haritu dapat la jugak tidur 2 malam kat rumah sewa yang dirindui tu sebab Mak dan Ayah mentua balik kampung kat Kedah, takde orang kat rumah, Puan nadxoxo takut duduk rumah sorang-sorang jadi diorang benarkan Puan nadxoxo balik rumah sewa hihi. Terubat jugaklah rindu pada rumah tu :D

Okaylah kawan-kawan, jika Puan nadxoxo ada masa, akan update lagi perkembangan badan k. Nite :)