Wednesday, September 30, 2009

nadxoxo Menyambung Cerita Tentang Encik Madu & Encik Bulan (Honeymoon)

Setelah memerah otak memikirkan nak pilih hotel mana kat PD tuh, akhirnya kami membuat keputusan untuk honeymoon kat Kota Kinabalu! Hahahaha. Sangat lari tajuk :P

Sbenanye masa usha2 PD tu ada usha skali KK tapi aritu memula Encik Gajah cam beriya je nak gi PD. Jadi sebagai bakal isteri yang baik (amin..haha), aku pun menurut saja. Tapi dalam pada tu sempat agi cucuk2 ajak gi Sabah haha. Baik la sangat kan :P

Akhirnya Encik Gajah telah tergoda dengan pujukanku. Dengan motto honeymoon, "Alang-alang honeymoon, baik la gi jauh-jauh sikit. Gi PD je ape barang". Hahaha..


Gambar di atas sekadar hiasan, dengan harapan masa bloghopping nanti (kalau ade), dapat la tengok laut yang crystal clear. Sonoknya! ^^

Kami akan mula honeymoon selepas selesai majlis di Bangi, insyaAllah. Harap-harap dapat la menghirup udara segar Sabah! Wee~~