Saturday, September 05, 2009

nadxoxo Bercerita Tentang Encik Madu & Encik Bulan (Honeymoon)

For the pas several weeks I've been surveying about places to go for our honeymoon ^^


Memula tak tak tau macam mana nak mulakan peng-survey-an sebab tak pernah gi jenjalan jauh-jauh bercuti dan bermalam semua sendiri. Saya anak yang baik, saya hanya ikut family je gi bercuti. Last time was 2004 at Langkawi T_T. Kalau ada anak sure dah gi sekolah tadika dah (dah umur 5 tahun). Itulah yang pertama dan terakhir. Isk.

Jadi dengan bantuan kawan saya iaitu Cik Maria, saya sudah survey2 dan tahu macam mana nak tengok harga dan pilih hotel untuk gi honeymoon :D

Sebab Encik Gajah ada pernah mention nak gi PD sebelum ni, jadi saya pun survey2 la PD. Lagipun dah lama tak gi situ kan. Dekat je tapi at least jauh dari orang laen. Hehehe :P

Bila survey2, saya sudah teruja dengan water chalet ni. Chalet di atas air. Kat PD ada 2 hotel yang ada water chalet iaitu Legend Water Chalet & Avillion. Kat Legend tu siap ada kaca kat atas lantai bilik jadi leh nampak air laut kat bawah ^^


Water chalets

Siap leh memancing dari bilik sendiri tuu. Hehe. Lepas tu ada shower yang bumbungnya terbuka~ Kalo tak penah mandi hujan leh la try hehehe. Bes bes bes.

Dah excited jiwang-jiwang tengok sunset bersama suami di balkoni bilik hotel dan dikelilingi pula laut yang biru, bunyi ombak memecah pantai juga bersama angin yang menderu. Hihihi :P

Tapi bila baca review of both hotels, saya rasa tahap keterujaan sudah berkurangan. Dua-dua servis kurang elok dan tak padan dengan harga yang ditawarkan. Lagi pulak kalau nasib tak baik, dapat lah bilik yang berhadapan dengan bilik lain, bukan berhadapan dengan laut atau sunset. Tak seronok tak seronok.

Lepas tu pulak, macam lah air laut kat PD cantik macam dalam gambar tu kan? Haha. Korang pun tahu kan tahap kebersihan laut di PD kan~ Tak macam kat Ganu~ :P

Tapi tu lah, mesti ada di antara korang akan cakap,

"Kenapa tak gi Pulau Perhentian je?"

Ye, saya ingin sangat pergi Pulau Perhentian. Dahlah jeti ke Pulau Perhentian sangat dekat dengan rumah saya iaitu 10 minit naik kereta. Tapi kalau dari jeti ke pulau tak berapa sure lah pulak :/

Tapi yang menjadi masalah ialah musim hujan yang bakal tiba di hujung tahun. Negeri di Pantai Timur - semua orang sudah tahu waktu hujung tahun ialah waktu hujan di sana. Jadi kami tak mahu amik risiko pergi waktu-waktu mcm tu ke sana. Mungkin lain kali hanimun ke berapa kali ntah boleh pegi :D

Sebab tu lah kami memilih untuk pergi ke Pantai Barat. Seperti PD :/

Walaupun tempat2 lain selain Pantai Timur ada kebarangkalian hujan yang kerap juga di hujung tahun, at least tak seteruk di Pantai Timur kot. Yelah kan sekarang ni dah takde dah musim2 ni. Tak menentu dah. Macam musim durian. Hehe.

So back to cite pasal PD.

Bila ku pikir-pikir balik, daripada duk kat water chalet yang banyak masalah tu, baik aku duduk kat bilik yang macam biasa je, tapi still mengadap laut dan sunset. Sudah tentu lebih murah dari harga water chalet tapi puas hati sebab bilik besar, yang kat Hotel Legend punye :D Lagipun dia ada bath tub hihi :P

So I've made my decision! Dah cakap dah kat Encik Gajah. Nak amik Tower Seaview kat Hotel Legend. Dia ok aje. Hehe. (Pilih Hotel Legend sebab terbaca review bahawa staf2 Hotel Avillion tidak membantu/tidak mengamalkan budi bahasa budaya kita. Berbanding dengan staf Hotel Legend yang peramah ^^)

Jadi, tiba masa untuk booking bilik yang telah di-aim itu. Saya mahupun Encik Gajah takde kad kredit. Jadi saya meminta jasa baik Cik Maria yang baik hati untuk pakai kad kredit dia untuk deposit booking bilik. Cik Maria dengan hati terbuka setuju sebab dia akan dapat point. Haha.

Tapiiiiiiiii

Malangnya, telah tertulis di website tersebut bahawa pemegang kad kredit hendaklah salah seorang daripada orang yang nak duduk di hotel tu :'(

Nak book bilik kat website lain, harga lain pulak. Adess..

Bila diberitahu perkara ini kepada Encik Gajah, dia cool saja. Dia cakap dia nak apply kad kredit. Sebenarnya kami penakut terhadap kad kredit. Takut berbelanja melebihi kemampuan.

Dia dah pun apply kredit kad Maybank dalam minggu ni kot. Fuyoh! *Angkat2 kening kat Encik Gajah* Hehehe.

Jadi, apabila Encik Gajah sudah memperoleh kad kreditnya, barulah boleh book bilik~

Sekian untuk Part 1 hehehehehe