Monday, September 14, 2009

Komputer Saya Tak Mahu Raya Sama-sama Dengan Saya

nadxoxo punye monitor sudah rosak selama lebih dari 48 jam :(

Kelmarin - Sabtu;

Kenapa ntah monitor ni gelap je bila on komputer. Malamnya ok je pakai.

Then terus call SuperGajah.

SuperGajah suruh buat macam-macam kat komputer tu tapi macam-macam tu sume nye tak menjadi :( Cabut wayar tu, cabut RAM lah, pasang wayar ni pulak lah. Test situ test sini. Dah siap tuka graphic card baru pun dia xmo gak..

Pendek kata monitor ni xmo dah dengan saya. Dia xmo raya dengan saya kot.

Haih lah monitor. Saje je nak merajuk dengan saya. Terpaksa la saya tengok TV atau main Wii.

..atau baca buku resepi.

P/S: Tenkiu osmet meminjamkan laptop untuk hiburan saya.