Friday, September 11, 2009

Duit Raya nadxoxo

Tengahari semalam, teman Cik Maria pergi beli kasut raya kat Alamanda. Dapat lah kat Cik Maria sepasang kasut yang comel warna teal kat Clarks ^^

Masa on the way balik ke ofis, Encik Gajah sms

"Baru bangun tido?"

-_-" Sabo jelah.

Yup, sebelum ni nadxoxo tido di ofis kalau waktu lunch di bulan puasa. Tido kat kerusi sendiri je. Nak-nak pulak ofis tengah mengamalkan energy saving. Kul 1 je, lights off. nadxoxo lah 'warden' nye tolong tutupkan lampu. Kata sayang kampeni. Haha.

Lepas tu,

nadxoxo sms:
Tak lah, on the way balik dari Alamanda, teman Maria beli kasut raya
Encik Gajah sms:
Syg tak beli jugak kasut raya?
nadxoxo sms:
Tak pun, dah habis dah duit pegi servis kete haritu RM1200 T_T

Lepas tu lama dia tak reply sampai la kul 2:30 dia sms

"Abg dh masukkan RMxxxx kat dalam akaun syg. Pakai la untuk raya ek"


Tersentak jap.

Bukan sikit tu..isk isk.

Terus call Encik Gajah

nadxoxo:
Abg, nape abg kasi duit kat syg? Syg takde duit nak bayar kalau pakai duit ni
Encik Gajah:
Takpela, pakai la untuk apa-apa yang patut. Beli baju raya ke, kasut raya ke..
nadxoxo:
Takpe, dah beli dah barang-barang yang perlu. Ade je duit nak spend untuk duit raya budak-budak dan belanja travel balik kampung nanti
Encik Gajah:
Takpela, syg amik je..
nadxoxo:
Ni kalau pakai ni takde duit nak bayar balik ni. Banyak sangat nih <-- cuba mengwas-waskan Encik Gajah hehe
Encik Gajah:
Takpe, syg amik lah, tak payah bayar pun :)
nadxoxo:
Betul ni? :/
Encik Gajah:
Iye, betul..
nadxoxo:
Wah seronoknya!! Terharu! Tenkiu tenkiu :D <--senyum lebar giler


Masa tu rasa terharu sangat. nadxoxo tak mintak pun dan tak ada niat nak mintak mahupun buat hint2 nak mintak duit dari Encik Gajah namun Encik Gajah sangat thoughtful. Awww.. :P


Dengan ini bermakna aku kene memberi lebih dari yang aku plan since aku menerima lebih :) Alhamdulillah~

Tenkiu skali lagi Encik Gajah!! Hihi.


29 hari lagi~ ^^