Dua minggu lepas, Kak Ernie, maid Mak Encik Gajah mahu pulang ke kampung halamannya di Indonesia.
Disebabkan nadxoxo tinggal di Hentian Kajang, jadi Kak Ernie mahu tumpang tidur semalaman di rumah nadxoxo sebelum keesokan paginya naik bas ke Pelabuhan Klang.
Hendak dipendekkan cerita, ku dapat tahu dari Kak Ernie bahawa untuk dia sampai ke kampungnya, mengambil masa selama seminggu.
Dari Pelabuhan Klang, dia naik bot/kapal ke Sumatera. Lepas tu beberapa ke destinasi lain sebelum sampai ke kampung halamannya di Jawa Timur (kalau tak silap la).
Selain dari beg besar 2 bijik dan beg-beg kecik, dibawa bersamanya bag pack yang sangat besar disumbat dengan bekalan makanan seperti roti, biskut, maggi, dll yang tahan selama seminggu untuk perjalanannya sampai ke kampung halaman.
Tiba-tiba aku rasa bersyukur sangat sebab nak sampai ke kampung halamanku di Besut, Terengganu tu, tak sampai sehari pun masa diambil. 14 jam perjalanan balik kampung pun aku dah bebel-bebel. Inikan pula seminggu? Rasa insaf sebentar. Alhamdulillah..
Esok petang dalam jam 4 petang aku akan bertolak balik ke kampung bersama pakcikku, naik Kenari Oren ku. Doakan perjalanan kami selamat.
Kepada kawan-kawan yang akan balik kampung juga, selamat balik kampung aku ucapkan. Berhati-hati semasa memandu. Jangan gopoh, insyaAllah perjalanan anda takkan mengambil masa selama seminggu pun untuk sampai :P
Dan tak lupa juga, Selamat Hari Raya! nadxoxo mohon ampun sekiranya ada yang tersinggung dengan nadxoxo. Semoga gembira menyambut lebaran bersama keluarga tercinta :)
Bye!
-update blog kat umah bakal mentua :P-
Public Sharing Maestro 2021
-
Alhamdulillah, selesai sharing untuk minggu ini. 15 speaker dari team
#maestro berkongsi pengalaman mereka yang lebih dari 3 tahun berada dalam
bisnes Shak...
1 week ago
dear nadiah..
ReplyDeleteselamat hari raya!! have a safe journey ^^
lama dah tak berkunjung kat sini.Selamat Hari Raya kak nad!!! Dan Selamat Pengantin Baru juga..Moga bahagia ke anak cucu ;)
ReplyDeletep/s: Kak Nad ada Wii? wah wah wah!
selamat hari raya!
ReplyDeleteselamat hari raya kak nadd! ;)
ReplyDeleteslmt ari raya nad.maaf zahir batin.jumpa bln 10
ReplyDeleteSabda Rasulullah s.a.w:
ReplyDeleteMaksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)
Selamat hari raya nad..
ReplyDeletemaaf zahir & batin
amboi..sempat juge update kat umah bakal mak mertua..
ReplyDeletep/s: Selamat Hari Raya :)
selamat hari raya..=)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya gk~
ReplyDeletesuka ayat terakhir tu =P
selamat raye gk
ReplyDeletefuih hardcore gle balik raye
ReplyDeletesbb tuh r aku mls nk balik wahahaha
hati hati memandu kenari oren tewww..
ReplyDelete