Sunday, August 16, 2009

Seronok Tengok Orang Kahwin

Assalamualaikum semua.

Maaf atas ke-idle-an blog ini beberapa minggu yang lepas tanpa bebelan nadxoxo. Haha.

Banyak nak cite nih. Tak tahu nak mula dari mana. Kalau tunggang terbalik pon arap korang paham lah ye. Haha.

PERTAMA
Akad Nikah Jep

Last week 8 Ogos, pegi tengok majlis akad nikah Jefri & Ehsan kat Bandar Tasik Selatan. Yang ni penting sebab ni first time aku dapat tengok step by step macam mana orang akad nikah. Hehe. So skang dah tahu dah, jadi dah tak risau dah :P


The gorgeous happy couple :')


Dengan bakal mak mentua :D


Dengan Kak Kemi, kakak Jep. Geng masa prektikel kat Freescale dulu2


Dengan adik bongsu Encik Gajah, Izzaty

KEDUA Persiapan perkahwinan

1. Barang-barang hantaran

Satu je lagi tak beli iaitu make-up set. Tapi tengah pk nak beli ke tak since sebenarnye kalau tak beli pun takpe. Yang sudah dibeli ialah:
a# Al-quran
b# Jam tangan
c# Handbag
d# Shades
e# Towel

Alhamdulillah semuanya below budget since ada SALE!! Hihi.


2. Cincin Encik Gajah

Sudah dibeli hari Ahad last week dengan presence Encik Gajah. Encik Gajah dah suka, saya beli saja :) Alhamdulillah ada diskaun jua. Hihi


3. Borang Nikah

Encik Gajah dah ambil borang kat Pejabat Agama Kajang. Juga sudah membuat ujian HIV. Lepas dia punya dah setel, bolehlah ku isi borang pulak :D


4. Doorgift

Ummi & Abah uruskan. Dah mula beli sikit kat Rantau Panjang je. Diorang tamau gi Nilai, jauh katanya. Aku redha, asalkan sume beres. Haha.


KETIGA My Birthday

Thanks pada kawan-kawan yang wish especially my blogger friends!! :D

Tiada birthday celebration tahun ni. No cakes. Sangat dull. Itu ok lagi, yang paling terkilan ialah apabila orang-orang penting lupa. Sigh. Takpe aku tabah ajelah. Redha lagi.

I bought myself a new handbag a day before my bday :D


KEEMPAT Trip ke Johor Bharu

nadxoxo dan kawan-kawan ke JB untuk menghadiri kenduri Jep & Ehsan. Bertolak dari Bangi jam 8:30 pagi. Sampai di JB jam 1 tengahari. Tiba di Bangi semula jam 7 malam.

Trip yang seronok giler!! Nyanyi dalam kereta, gossips, updates, lawakssss. Really made my day :)


Kene tembak


Family potrait (mak bapak kat depan) :P


Raja sehari. Cantiknya the bride :')


Hari yang panas. Sedang menikmati kipas angin..