Saturday, August 01, 2009

Kene Sabotaj

Ini cerita 25 Julai lalu.

Aku menghadiri majlis pertunangan sepupu Encik Gajah di Shah Alam. Aku panggil dia Kak Teh walaupun dia muda dari aku tapi aku panggil dia Kak Teh jugak. Haha.

Warna tema ialah purple tapi aku takde baju kurung warna purple jadi aku pakai je warna pink merah itam :P

Masa Kak Teh dimekapkan, aku amikkan gamba dia sebab Encik Gajah tak boleh berbuat sedemikian kerana dia seorang lelaki. Lepas Kak Teh dah siap-siap aku serahkan kamera kat dia pula untuk menjadi fotografer.

Kat rumah tu jugak ada baby 1 bulan. Baby tu ialah anak sedara Kak Teh. Nama dia Muhammad Dani Ilman.


Baby Ilman baru lepas mandi tapi muka ngantuk sebab baru lepas nenen :P


Haa tengok dia nguap-nguap~
Tapi dia bukan nenen dengan daku eh hahaha :P


Tapi yang pasti aku telah berjaya tidurkan baby Ilman. Dia tidur dalam dakapanku. Empuk sangat agaknya badan aku ni haha :P Elok je aku letak baby tu kat tempat tidur dia, tak lama lepas tu dia bangun :P



Baby Ilman dah selamat tukar baju warna tema dan tido semula. Comey sangat dia tido. Gerammmm!!!


Ini pulak daku bergambar dengan sepupu2 Encik Gajah (kecuali yang hujung paling kiri tu ialah adik bongsu Encik Gajah)


Semasa majlis, aku jadi videographer jap :P



Videographer yang dedicated. Konon~ :P


Lepas tu, ade sesi bergambar dengan Kak Teh dan tunangnya.



Bakal pengantinsss :)


Lepas tu, diorang suruh wat gaya bebas. Masa ni lah aku kene sabotaj.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wei. Kata gaya bebas. Tengok Encik Gajah dan 2 orang lagi tu. Tak buat pun. Aku je bersungguh sekor-sekor. Sian aku taw. Hilang keayuan jap T_T