Sunday, August 30, 2009

Update lah nadxoxo oi!

Ini cerita Jumaat, 21 Ogos.

Cuti
nadxoxo tidak bekerja, sudah minta cuti dari bos. nadxoxo khabarkan padanya, sebab nak wat persiapan kawen. Dia dah ucap tahniah awal-awal. Hehe.

2-3 hari lepas dah mintak cuti kawen pulak kat dia :P

Fitting Baju
Jam 10 pagi, Encik Gajah dan mak nya datang ambil aku, bawak pegi Shah Alam. Pegi kat mak andam, fitting baju kawen :D Lepas try 2 baju, sudah decide yang mana nak ambik. Alhamdulillah berjalan lancar :)

Jumpa baby debab
Lepas tu singgah rumah makcik Encik Gajah kat Shah Alam juga. Jumpa budak kicik comey 2 orang nih:


Baby Ihsan - baru balik dari Ireland


Baby Ilman - sudah botak :D

Ujian HIV
Buat kat BP Lab Kajang. Kena ambil 1 botol kecik darah. Sakit gak la, 1 minggu baru ilang lebam di lengan ni. Dah dapat result Jumaat kelmarin (28 Ogos), Alhamdulillah negative. Encik Gajah juga sudah buat di tempat sama seminggu lebih awal dariku.

Tapi bila Encik Gajah bawak result dari lab tu untuk permohonan nikah, ditolak sebab tak buat kat klinik kerajaan. Result ujian HIV dari klinik kerajaan sahaja diterima. Padahal kami pegi kat lab tu sbb ade sorang akak ni dari Klinik 24 Jam Bangi ni kasi maklumat salah kat Encik Gajah, dia bagitau Encik Gajah yang leh buat kat lab tu kalau nak tahu result cepat. Sebab katanya kalau buat kat klinik tu ambik masa 1 minggu baru dapat result, manakala kalau buat kat lab, 3 hari dah leh siap.

Rupa-rupanya ujian darah yang sebenar di klinik kerajaan tu hanya memerlukan amik darah sikiiiiit je kat jari dan dalam masa 10 minit dah tahu result. &^$&**&%^*&! Sakitnya hati kami hanya Allah saja yang tahu. Darah hilang, duit pun melayang. Bakal pengantin lain sila ambil iktibar dari kisah ini. Isk2.

Ramadhan & Merdeka
Belum berkesempatan lagi nak wish kawan-kawan kat sini, jadi, Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-52 :)

September
Dah nak September dah! >.<