Friday, July 10, 2009

Tiga Bulan Je Lagi

3 bulan lagi statusku akan bertukar daripada Cik kepada Puan >.< Sila panggil Puan nadxoxo lepas ni haha :P

Jadi, apa perlu ku buat dalam masa 3 bulan ni?

1. Kene pegi daftar kawin
2. Buat ujian HIV
3. Listkan penerima2 kad kawin
4. Kumpul lagi lagu2 utk dipasang masa wedding nnt :)
5. Beli barang2 hantaran
6. Bunga telur
7. Door gift

Tu je ke?

Eh ade lagi la..

Kene penuhkan ilmu di dada supaya bersedia menjadi seorang isteri :D


Weekend haritu pergi PKNS Bangi, sebab housemateku nak belanja makan sempena dapat first gaji kat tempat kerja baru dia. Kebetulan pulak ada macam Pesta Buku kat sana. Jadi lihat-lihat la gerai-gerai buku yang ada..

Tetibe ternampak buku ni..


"Kad jemputan? - Sudah diedar
Baju pengantin? - Sudah ditempah
Jurusolek pengantin? - Sudah diberitahu
Khemah kenduri? - Sudah dinaikkan
Doa pengantin? - Apa tu??"

Terasa ah bila bace ni. Pastu trus beli haha :P


Muka depan buku tersebut yang bertajuk
"Hadiah Untuk Pengantin - Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis"
oleh Wan Shuhairi Wan Muhamad

Bagus buku ni. Bukan saja utk orang yang dah nak kawin je, tapi orang yang belum ada calon pun boleh guna jugak sebab dalam ni ade disertakan Doa Memilih Pasangan, Memohon Petunjuk, Doa Apabila Jodoh Tidak Kunjung Datang, dsb.

Jugak untuk orang2 yang sudah berkahwin dan ada anak sebab ada juga dalam ni Doa Sewaktu Hendak Bersalin, Doa Selepas Bersalin, Doa Semasa Menamakan Anak, dsb.

Juga sesuai untuk dijadikan hadiah :)


Lepas tu ternampak buku yang satu lagi ni..


"501 Soal Jawab Perkahwinan Islam"
oleh Zawiah Hassan & Rohayati Bakri


Setakat ni, buku yang pertama tu baru je tengok secara rawak. Buku kedua ni pulak dah baca separuh. Alhamdulillah, banyak gak sebenarnya yang sebelum ni aku tak tahu, bila baca buku ni, dah tahu dah la hehe..

Buku ni tak bosan bila baca sebab ia buku tentang soal jawab, maknanya ada soalan dan ada jawapan. Bila aku bawa ke ofis, Iqa dan Emi siap buat kuiz kat aku lagi, tanye balik soalan2 tu kat aku tengok aku boleh jawab ke tak. Haha.

Banyak lagi benda yang aku kene tahu. Nanti nak pergi lagi Pesta Buku tu. Nak cari buku lagi :)