Sunday, July 05, 2009

Minggu Shopping?

Semalam

Semalam aku dan Encik Gajah ke Jusco Cheras Selatan, yang dekat ngan umah Jijie tu :P

Encik Gajah mahu beli kasut kerja since kasut dia sudah sedih keadaan fizikalnya. Masa pilih2 kasut, baru dapat tau yang JCard Member dapat diskaun 15% utk semua brg termasuk brg elektrik dan beberapa jenis brg lagi yg aku x ingat. Hehe.

Memandangkan itu ialah tawaran yang agak hebat, kami cepat-cepat buat JCard sorang satu :P Dapat la Encik Gajah membeli kasut idamannya. Aku pula beli satu selipar yang amat selesa untuk Abah. Konon2 hadiah Hari Bapa la kot :P Aku sian kat Abah sebab selama ni dia pakai selipar yang murah-murah aje :(

Beli jugak keyboard dan mouse baru. Yeay! Mouse yang lama sudah weng, aku scroll ke atas, dia turun bawah lak. Haha. Beli keyboard ialah sebab keyboard lama bising bila menaip dan utk main Typing Maniac dengan lebih selesa kat facebook hahahaha :P


Susah giler nak naik ranking!!

Selain itu ade la beli 2 helai baju yg total x sampai RM50 pun. Weee~ :P


Kelmarin

Kami ke Alamanda selepas aku pulang dari ofis. Dapat beli satu kasut untuk naik pelamin nanti *wink*

Kami juga menonton Ice Age 3~~



Weekend Last Week

Encik Gajah ke Lowyat jadi aku mintak dia belikan RAM 1GB. Ye, 1GB je..haha. Tambah power pc ku sket :P


Hari Sabtu masa aku masuk dlm kete nk g amik Encik Gajah utk ke Alamanda, aku dapat kejutan iaitu dia telah menukarkan carpet getah keta aku yang sudah buruk itu kepada yang baru. Warna merah lak tu!! Haha. Masa tu pelik gak apsal la Encik Gajah ni pilih kaler merah, pas berpikir sejenak, barulah teringat bahawa keretaku berwarna oren kemerah2an. Boleh lak lupa.. -_-" Jadi dia nak match ngn kaler keta la..hehe.

Sehari sebelum tu dia ada kasi hadiah kain utk buat baju kurung sempena 3 tahun anniversary kami :P

Then masa kat Alamanda, aku belikan t-shirt dan kemeja ofis untuk Encik Gajah sebab sempena membalas hadiahnya :P

Lepas tu tengok Transformers 2 yang bes itu~~


Hari Ahad last week ada amik gamba untuk satu aktiviti ni. Nanti akan ku update ok? :D